Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada minggu lalu, beberapa keping gambar berlegar di media luar negara apabila sebuah Volkswagen Touran telah melanggar pesawat pejuang MiG-29 Fulcrum milik Tentera Udara Ukraine di Pangkalan Udara Vasylkiv.

Seorang pegawai Tentera Udara Ukraine yang mabuk gagal mengawal kereta Volkswagen miliknya, lalu merempuh dan mencetuskan kebakaran yang menyebabkan kerosakkan teruk pada jet pejuang tersebut.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Pusat Arahan Udara milik Tentera Udara Ukraine telah membuat satu pengumuman terbuka secara terperinci mengenai kejadian yang berlaku pada 10 Mac yang lalu melalui Facebook Rasmi mereka.

Pemandu kereta yang mengalami kecederaan telah diberikan pertolongan cemas dan keadaannya tidak kritikal (cedera pada muka, dada) dan kini dia berada di bawah jagaan doktor. Siasatan rasmi sedang dilakukan di unit ketenteraan ekoran kejadian yang berlaku.

ПОВІДОМЛЕННЯ!10 березня, в 40 бригаді тактичної авіації повітряного командування «Центр» після завершення льотної…

Posted by Повітряне командування "Центр" on Wednesday, March 10, 2021

Pejabat pendakwa tentera garnisun Kyiv memulakan siasatan pra-perbicaraan dalam prosiding setiap kesalahan jenayah di bawah Bahagian 3 Artikel 411 Kanun Jenayah Ukraine.

Jangan main-main dengan hal memandu ketika mabuk ini, kapal terbang pun pemandu mabuk boleh langgar, apatahlah lagi kenderaan-kenderaan lebih kecil yang lain.

Baca lagi artikel-artikel hal berita semasa yang berlaku di sekeliling dunia melalui pautan di bawah.

Berang Elaun Mingguan Dipotong, Lelaki Ini Pilih Untuk Saman Ibu Bapanya

Mahu Luaskan Penggunaan, Thailand Mahu Sertakan Ganja Dalam Makanan Dan Kosmetik

Anda Mungkin Suka