Seorang pegawai yang bertanggungjawab menjaga perdagangan di Korea Utara ditembak dan dibunuh selepas melawat tempat mandi awam semasa dalam tempoh kuarintin bagi mencegah wabak coronavirus, menurut media Korea Selatan.

Menurut laporan dari akhbar Dong-a Ilbo dan Daily Mail, pegawai itu telah diasingkan untuk tujuan kuarantin selepas dia pulang dari China.

Hukuman bunuh dijatuhkan selepas pemimpin Korea Utara Kim Jong-un membuat keputusan bahawa negara itu akan diperintah menggunakan undang-undang tentera terhadap sesiapa yang meninggalkan pusat kuarantin tanpa pelepasan doktor.

Turut dilaporkan bahawa seorang pegawai lain yang cuba menutup kesalahan pegawai tadi turut menerima nasib yang sama.

Korea Utara telah menutup sempadannya dengan China dan hanya membenarkan perjalanan yang sangat terhad antara dua negara. Pyongyang mengumumkan bahawa kuarantin akan berlaku bagi individu tertentu selama 30 hari dan bukannya seperti negara-negara iaitu 14 hari.

Ini bukan kali pertama Kim Jong-un dilaporkan menjatuhkan hukuman bunuh terhadap pegawai tertingginya. Terdahulu, mantan Timbalan Menteri Keselamatan Awam, O Sang-hon telah dijatuhkan hukuman sama.

Korea Utara belum lagi mengesahkan sebarang kes coronavirus. Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Pyongyang turut melaporkan bahawa setakat hari ini mereka tidak mempunyai apa-apa kes yang melibatkan coronavirus.

Berikut adalah bacaan lanjut mengenai Korea Utara yang perlu anda tahu.

Korea Utara Kata Negaranya Lebih Selamat Untuk Pelancong Berbanding London

Tiada Nike Atau adidas, Hanya ‘Sneakers’ Buatan Kilang Ini Dijual Di Korea Utara

7 Gambar Yang Membezakan Kehidupan Di Korea Selatan Dan Korea Utara

Sumber