Antara perkara yang menjadi persoalan selepas pengumuman langkah kawalan pergerakan oleh kerajaan sudah tentunya berkait dengan urusan pembayaran gaji pekerja-pekerja yang diberikan cuti sehingga 31 Mac ini.

Walaupun pekerja dalam 14 sektor penting seperti peruncitan, bekalan makanan ,perbankan, kesihatan, tenaga, telekomunikasi, pos dan pengangkutan masih bekerja namun ada juga beberapa sektor lain yang memerlukan pekerja bercuti dan tidak boleh untuk bekerja dari rumah seperti sektor perkilangan.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

kakkilang

Walaupun diberikan cuti untuk baki bulan ini, namun seorang peguam  sumber manusia, Firdaus Zakaria seperti dilaporkan Astro Awani menjelaskan pihak majikan masih wajib untuk membayar gaji penuh pekerja-pekerja mereka seperti biasa.

“Ini adalah arahan untuk semua pekerja bekerja seperti biasa, cuma bekerja dari rumah. Ia bukan pelepasan cuti. Ia satu kaedah mengawal pergerakan sahaja.

“Mereka perlu dibayar gaji sepert biasa, cuma soal elaun itu adalah perkara yang berbeza kerana ia bukan suatu kemestian untuk dibayar,” katanya.

Manakala mereka yang tidak dapat melakukan kerja dari rumah juga tambahnya perlu dibayar gaji seperti biasa sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini.

“Ia perlu dipatuhi, contohnya pekerja kilang yang mesti berada di kilang, namun susulan arahan kerajaan untuk berada di rumah, mereka perlu berada di rumah masing-masing. Mereka mesti dibayar gaji dan tidak boleh dipotong,” jelas beliau.

Langkah kawalan pergerakan sebelum ini sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran dalam kalangan pekerja di Malaysia memandangkan ada yang dibayar gaji mengikut kehadiran harian mereka ke premis pekerjaan.

Jadi, harapnya dengan penjelasan yang diberikan peguam ini akan dapat merungkai segala persoalan yang dihadapi oleh mereka yang terjejas dengan perintah kawalan pergerakan ini.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai perintah kawalan pergerakan sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dr Dzulkefly Jelaskan Perintah Kawalan Pergerakan Bukan Perintah Berkurung

Dua Pawagam Utama Negara Tutup Operasi Bermula Esok

Rakyat Malaysia Boleh Dipenjara Jika Langgar Perintah Kuarantin

Anda Mungkin Suka