Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kita sebagai seorang pengguna jalan raya, kadang-kadang ada hari yang tidak menyebelahi nasib kita, akan ada pihak JPJ atau Polis Trafik menahan dan mengeluarkan saman atas kesalahan yang kita sedari mahupun tidak sedari.

Baru-baru ada seorang pengguna Twitter @MNasruddin_AR (Nas Rahman) yang merupakan seorang peguam dari Nas Rahman & Co telah berkongsi prosedur sekiranya kita perlu naik mahkamah untuk selesaikan kesalahan yang tidak boleh dikompaun ini.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Menurut Tuan Nas, ada dua kesalahan yang tidak boleh dikompaun iaitu kenderaan tiada roadtax atau insurans atau memandu sambil menggunakan telefon bimbit. Setelah mendapat saman dari JPJ atau Polis Trafik, kita perlu tahu lokasi mahkamah dan tarikh yang kita perlu hadir.

Ketika hari perbicaraan, antara dokumen-dokumen yang kita perlu bawa ke mahkamah ialah kad pengenalan, resit saman dan juga kad debit. Pastikan ada duit dalam kad tersebut kerana anda perlu membayar denda selepas perbicaraan.

Untuk pengetahuan semua, kita digalakkan untuk hadir ke mahkamah sebelum pukul 9 pagi  kerana pendaftaran untuk kes saman JPJ atau Polis Trafik ini hanya dibuka pada pukul 8 hingga 9 pagi sahaja. Jika pendaftaran telah ditutup, kita perlu pergi ke pejabat JPJ untuk dapatkan tarikh perbicaraan baru.

Semasa pendaftaran, staff di kaunter pendaftaran akan meminta kad pengenalan dan resit saman. Kedua-dua dokumen tersebut akan diserahkan kepada pegawai JPJ dan kita akan dimaklumkan bilik mahkamah yang mana untuk menjalankan perbicaraan.

Menurut Tuan Nas, bilik mahkamah untuk kesalahan trafik sentiasa dipenuhi dengan orang ramai, jadi agak senang untuk mencari bilik tersebut. Kita perlu menunggu di ruangan menunggu sehinggalah nama kita di panggil oleh pegawai JPJ yang bertugas. Biasanya pegawai tersebut akan panggil sepuluh nama sekaligus.

Dalam bilik mahkamah depan Majistret nanti, kesepuluh-sepuluh orang termasuk diri kita akan berdiri di hadapan Majistret dan nama individu akan dipanggil dan kesalahan setiap individu akan dibacakan. Bila jurubahasa sebut nama kita, kita perlu menjawab “Ya saya” dan kita akan ditanya sama ada mengaku bersalah ataupun tidak.

Selalunya dalam kesalahan trafik, rata-rata pesalah akan mengaku kesalahan kecuali kita rasa tidak bersalah dan boleh memohon untuk dibicarakan. Jika kita mengaku bersalah, kita perlu merayu kepada Majistret supaya hukuman atau denda diringankan.

Semasa rayuan, kita perlu berikan alasan yang munasabah kepada Majistret untuk pengurangan denda bergantung kepada situasi kita masing-masing. Setelah Majistret berpuas hati dengan rayuan yang kita berikan, Majistret akan maklumkan jumlah denda dan kita perlu ke kaunter pendaftaran untuk mendapatkan bil.

Kita perlu membayar jumlah denda pada hari yang sama, setelah itu barulah kita dapat semula kad pengenalan yang diberikan kepada pegawai pada awal pagi tadi. Kita mempunyai dua pilihan untuk membuat pembayaran denda, samada menggunakan mesin CDM yang disediakan atau gunakan kad debit di kaunter bayaran. Menurut Tuan Nas, disarankan guna kad debit bagi menjimatkan masa kita.

Setelah selesai membuat pembayaran, kita perlu bawa resit bayaran ke kaunter pendaftaran. Staff di kaunter akan ambil salinan resit dan memulangkan semula IC kita. Sebaiknya resit bayaran itu disimpan untuk rekod pada masa hadapan.

Terima kasih Tuan Nas atas perkongsian yang bermanfaat yang dapat memudahkan orang ramai menyelesaikan denda setelah mendapat saman dari pihak JPJ atau Polis Trafik pada masa hadapan. Sekiranya anda mahu baca perihal perundangan lebih lagi, anda boleh lihat di jomtanyapeguam.com.

Baca lagi artikel terbaru yang kami kongsikan sepanjang minggu melalui pautan di bawah.

Pemilik Kenderaan Ekzos Bising Boleh Didenda Atau Penjara Enam Bulan

JPJ Kemas Kini Peraturan, Pemilik Kenderaan Boleh Mohon Guna Cermin Lebih Gelap

Anda Mungkin Suka