Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Puteri Sarah Liyana telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam selepas dirinya tidak mahu dimadu.

Artikel Berkaitan:

Menurut laporan, Puteri Sarah mempunyai beberapa pilihan mengikut peruntukan undang-undang syariah yang boleh digunakan bagi menuntut cerai daripada suaminya jika enggan melepaskannya.

Menurut peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata proses tuntutan cerai boleh diteruskan biarpun Syamsul enggan melepaskan plaintif pada hari sebutan kes terbabit pada 7 Mac depan.

Akberdin berkata, pihaknya akan menggunakan saluran undang-undang yang diperuntukkan jika Syamsul sebagai defendan, enggan menceraikan Puteri Sarah.

“Mengikut prosedur, kalau defendan (Syamsul) hadir pada hari itu (7 Mac depan) dan setuju untuk lafazkan cerai, perceraian antara mereka boleh berlaku.

“Tetapi kalau defendan tidak setuju, kami akan usahakan ke peringkat kedua di mahkamah yang sama di mana kes mereka dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

“Pada peringkat ini, wakil kedua-dua pihak akan cuba mencari jalan. Kalau berjaya, kita akan teruskan perceraian. Jika gagal, kita rujuk pula kepada hakam keluarga.

“Jika masih gagal, kita beralih pula kepada hakam mahkamah di mana dalam kes di mana defendan masih enggan (lepaskan), kuasa untuk melafazkan cerai diberi kepada mahkamah yang mewakili plaintif,” katanya.

Permohonan terbabit difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.