Hari demi hari, kes jenayah seksual kerap dilaporkan dan ia telah menimbulkan kebimbangan kepada orang awam terutamanya dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.

Mengambil kira hal ini, seorang pemilik akaun Twitter @JatIkhwan yang juga merupakan seorang peguam berkongsi peralatan yang boleh digunakan oleh wanita, kanak-kanak dan warga emas sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau telah berkongsi alatan ‘Rape Alarm’ atau penggera rogol yang boleh membantu ramai orang. Rape Alarm berfungsi membantu anda untuk menyelamatkan diri kerana ia menghasilkan bunyi siren yang kuat sehingga mampu menarik perhatian orang sekeliing apabila diaktifkan.

Malah, bunyi siren itu memiliki kekuatan sehingga 130/90 Db dan dipercayai boleh didengari dalam lingkungan 1KM. Selain itu, beliau juga turut berkongsi kedai yang menjual alatan ini.

Bagi anda yang ingin mendapatkan ‘Rape Alarm’ ini, ia boleh didapati di kedai MR.DIY dengan harga RM 7 sahaja untuk dua. Bunyi yang dihasilkan sangat kuat dan menyakitkan telinga mampu menyelamatkan anda kelak.

Berikutan perkongsian Ikhwan, netizen memberikan reaksi positif dan kebanyakannya mahu mendapatkan penggera tersebut sebagai langkah persediaan untuk menghadapi saat cemas nanti.

Walau bagaimanapun, Ikhwan tidak menyarankan pengguna untuk bergantung seratus peratus kepada alat ini dan sekurang-kurangnya perlu ketahui ilmu pertahanan diri yang mudah. Semoga perkongsian daripada Ikhwan ini bermanfaat.

Kami kongsikan lebih banyak tip menarik yang boleh anda ikuti dan memudahkan hidup anda. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

7 Tip Untuk Penerbangan Lebih Selesa Dan Murah Dengan AirAsia

Ini ‘Bahan Rahsia’ Hilangkan Kotoran Degil Pada Kasut

Ini Cara Baiki Kipas Seperti Baharu Bermodalkan Bawah RM10

Sumber