Sejumlah aset milik Malaysia di 169 negara diancam bakal dirampas oleh waris Kesultanan Sulu, kata peguam yang mewakili waris sultan sulu dalam tuntutan bernilai USD 14.9 bilion (RM62.59 bilion) yang dimenangi mereka terhadap Malaysia.

Memetik Reuters, Paul Cohen, peguam kepada waris, berkata bahawa penangguhan yang diarahkan oleh mahkamah hanya terpakai di negara Perancis dan bukan negara lain yang menandatangani konvensyen New York mengenai timbang tara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau menambah bahawa anugerah timbang tara yang dijatuhkan pada Februari di Perancis adalah sah di semua negara yang menandatangani.

“Arah ‘penangguhan’ yang dilihat melegakan kerajaan Malaysia buat sementara waktu itu hanya penanggughan sementara di sebuah negara sahaja, Perancis.

“Bagaimanapun, ia tidak melibatkan 169 negara yang lain,” kata beliau yang merupakan ketua pasukan peguam pewaris keturunan itu.

Selain aset yang dikecualikan seperti bangunan diplomatik, mana-mana aset kerajaan Malaysia di dalam negara yang disenarai dalam kovensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah layak untuk dituntut, kata salah seorang peguam, Elisabeth Mason.

Waris Sulu sedang berusaha untuk menguatkuasakan tuntutan $14.9 bilion yang dimenanginya sebagai pampasan daripada perjanjian penyerahan Sabah kepada Malaysia.

Minggu lalu, notis rampasan dikeluarkan terhadap dua unit Petronas yang berpangkalan di Luxembourg. Syarikat itu bagaimanapun berkata bahawa rampasan itu sebagai “tidak berasas” kerana mereka telah pun melepaskan aset di negara terbabit.

Peguam bagi waris Sulu berkata syarikat itu kini berada di bawah kawalan pegawai kehakiman di Luxembourg, sementara menunggu sebarang rayuan oleh Petronas.

Dalam masa yang sama, parlimen Malaysia kecoh lagi semalam apabila cubaan ahli parlimen pembangkang untuk membawa isu tuntutan waris Sultan Sulu ditolak tiga kali oleh Timbalan Speaker, Rashid Hasnon.

Kekecohan bermula apabila Isnaraissah Munirah (WARISAN-Kota Belud) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 18 (1) selepas sesi Soal Jawab Lisan berakhir.

Beliau melahirkan rasa kecewa terhadap penolakan usul itu buat kali ketiga dan berkata bahawa usul itu penting bagi kedaulatan negara serta bukan perkara remeh yang boleh ditolak.

“Saya nak tanya kerajaan, sejauh manakah perbincangan ini dibenarkan di Parlimen? Tidakkah kamu peduli dengan Sabah, kerana Sulu hanya menyaman Sabah, bukan negeri lain,”

“Saya menyeru semua anggota parlimen Sabah dan anggota parlimen lain untuk bangkit, meminta usul ini dibahas dalam dewan ini,” katanya, dipetik dari Berita Harian.

Bagaimana aset Malaysia bernilai RM8 bilion dirampas oleh waris Sultan Sulu? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Bagaimana Aset Malaysia Bernilai RM8 Bilion Dirampas Oleh Waris Sultan Sulu?

Kerajaan Malaysia Diarah Bayar Wang Pampasan Sebanyak RM62 Bilion Kepada Waris Sultan Sulu