Biasa menggunakan servis AirBnb? Servis perkongsian tempat tinggal ini membuka pejabat baru mereka di Shinjuku, Tokyo yang menawarkan rekaan yang cantik. Bekerjasama dengan firma Suppose Design Office, syarikat itu telah menukar pejabat berkeluasan 500 meter persegi itu dengan inspirasi Tokyo sendiri.

Lantai kayu menghiasi permukaan lantai pejabat ini dan skema warna ‘nude‘ banyak digunakan dalam menghias pejabat ini. Seperti biasa, pejabat ini membiarkan sebanyak mungkin cahaya masuk ke pejabat untuk mengurangkan penggunaan elektrik. Rekaan pejabat ini juga mementingkan komunikasi langsung antara pekerja. Jadi tiada partition untuk bekerja dan pekerja bebas membuat kerja di mana sahaja mereka mahu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

air 9

Sebagai tambahan, pokok-pokok dihias di dalam pejabat ini untuk menambah warna hijau dan kesegaran di sekitar pejabat. Clean dan nampak selesa betul pejabat Airbnb Tokyo ini. Apa sahaja yang dibuat di Jepun pasti nampak sangat cool.

air 2

air 3

air 4

air 5

air 6

air 7

air 8

air

Sumber