Susulan daripada siasatan yang dijalankan terhadap dokumentari kontroversi dikeluarkan Al Jazeera sebelum ini, pejabat Astro dan unifi TV di Malaysia juga dilaporkan telah digeledah pihak berkuasa pada semalam.

Serbuan terhadap dua syarikat tempatan itu dilakukan pihak polis bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia selepas tindakan sama dilakukan terlebih dahulu di pejabat biro Al Jazeera di Kuala Lumpur pada juga pada semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketiga-tiga serbuan itu dibuat sebagai sebahagian siasatan pihak berkuasa terhadap laporan yang diterima mengenai dokumentari bertajuk Locked Up In Malaysia Lockdown diterbitkan Al Jazeera yang tular sebelum ini.

Dokumentari itu sebelum ini menerima kritikan hebat daripada masyarakat tempatan susulan laporan mereka yang disifatkan berat sebelah dan tidak memaparkan situasi sebenar pengurusan warga asing ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 ketika ini.

Menurut laporan Malaysiakini, ketiga-tiga serbuan yang dilakukan itu turut merampas komputer dengan dua dirampas di pejabat Al Jazeera manakala bagi kedua syarikat penyiaran tempatan itu pula tidak diperincikan.

Selain rampasan komputer, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed menjelaskan keterangan saksi-saksi juga turut diambil ketika serbuan bagi tujuan membantu siasatan.

“Keterangan saksi-saksi lain turut diambil ketika serbuan dilaksanakan bagi membantu siasatan. Dapatan siasatan akan diangkat ke Pejabat Peguam negara dalam tempoh terdekat.

“PDRM menegaskan tindakan yang dilaksanakan adalah berlandaskan undang-undang, tiada individu atau pun entiti yang akan terlepas daripada sebarang tindakan jika jelas mencabuli undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia,” katanya.

Walaupun dokumentari tersebut dihasilkan oleh Al Jazeera namun Astro dan unifi TV difahamkan sebagai TV internet dan satelit ada menawarkan program Al Jazeera di negara ini.

Baca perkongsian kami mengenai dokumentari Al Jazeera yang tular sebelum ini di pautan di bawah. 

Laporan Salah Al Jazeera Bangkitkan Kemarahan Rakyat Malaysia

Pengacara Bernama Panggil Al Jazeera Sebagai ‘Al-Jahiliyah’ Dikenakan Tindakan

‘Rayhan Kabir’ Daripada Dokumentari Al Jazeera Kini Ditahan, Bakal Diusir Dari Malaysia

Sumber