Anda rasa pejabat 9gag di Hong Kong dah cool? Lihat pula pejabat SRAM ini. Syarikat pengeluar komponen basikal terkemuka dunia, SRAM meminta firma rekaan Perkins+Will untuk membina ibu pejabat baru mereka di Chicago bertemakan lifestyle basikal.

Pejabat berkeluasan 72,000 kaki persegi itu menempatkan kesemua department syarikat itu di bawah satu bumbung; dari R&D hingga ke bahagian jualan dan pemasaran. Uniknya, ada trek basikal sepanjang 200 meter di dalam pejabat mereka yang membolehkan pekerja mereka seramai 150 orang bergerak lebih pantas ke satu department ke department yang lain. Secara tidak langsung, mereka dapat mencuba dan membuat kajian produk baru syarikat itu. Awesome bukan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

SRAM juga turut menyediakan ruang simpanan basikal yang luas dan ruang rehat yang selesa untuk pekerja mereka. Sungguh lain dari yang lain pejabat mereka ini.

sram-chicago-bike-friendly-office-2

sram-chicago-bike-friendly-office-3

sram-chicago-bike-friendly-office-4

sram-chicago-bike-friendly-office-5

sram-chicago-bike-friendly-office-6

sram-chicago-bike-friendly-office-7

sram-chicago-bike-friendly-office-8

sram-chicago-bike-friendly-office-9

sram-chicago-bike-friendly-office-10

Baca : Pejabat 9gag di Hong Kong Ini Sungguh Awesome

Sumber