Pengawal Kebangsaan Ukraine berkongsi video di akaun Twitter yang menunjukkan pejuang Azov melumuri peluru dengan lemak babi. Peluru itu kononnya digunakan untuk menentang tentera Islam Chechnya yang dikerahkan ke Ukraine untuk membantu tentera Rusia menceroboh negara tersebut.

Memetik laman berita Al Jazeera, pasukan Azov adalah unit tentera sukarelawan sayap kanan Ukraine. Mereka adalah kumpulan ultra-nasionalis yang dituduh menyimpan ideologi neo-Nazi. Tentera Azov pertama kali bertempur bersama tentera Ukraine di timur negara itu pada 2014 menentang penyokong pro-Rusia dan sejak itu telah dimasukkan ke dalam angkatan bersenjata tetap Ukraine.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam video yang dikongsi oleh Pengawal Kebangsaan Ukraine, seorang lelaki yang dikatakan sebagai anggota pejuang Azov dilihat melumur peluru ke dalam apa yang kelihatan seperti lemak babi.

Beliau turut memberi amaran, “Saudara Muslimin yang dihormati. Di negara kami anda tidak akan masuk syurga. Anda tidak akan dibenarkan masuk syurga. Tolong pulang. Di sini, anda akan menghadapi kesukaran. Terima kasih atas keprihatinan anda, selamat tinggal,” kata lelaki itu dalam video tersebut.

Selain itu, walaupun pejuang Azov dilaporkan sudah rasmi menyertai tentera Ukraine, namun mereka sedikit berbeza kerana memakai lencana Wolfsangel. Lencana ini digunakan beberapa penyokong Nazi semasa Perang Dunia II.

Presiden Rusia Vladimir Putin sendiri pernah menyebut bahawa kehadiran unit yang memakai lencana ‘Nazi’ dalam tentera Ukraine adalah alasan yang kuat untuk melancarkan apa yang dipanggilnya ‘operasi ketenteraan khas Rusia’. Manakala tentera Rusia juga mendakwa bahawa ‘Batalion Nazi’ adalah sebahagian daripada misi serangan mereka.

Rusia vs Ukraine: apa akan berlaku jika Vladimir Putin berjaya tawan kota Kyiv? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Rusia vs Ukraine: Apa Akan Berlaku Jika Vladimir Putin Berjaya Tawan Kota Kyiv?

Perang Rusia Dan Ukraine, Apa Sebenarnya Yang Dimahukan Vladimir Putin?

Vladimir Putin Arah Pasukan Nuklear Rusia Bersiap Sedia, Berada Dalam Mod Tempur