Sebagai salah satu negara Eropah yang paling terkesan akibat COVID-19, kerajaan Itali akan membuka semula ‘Pekan Hantu’ Fabbriche di Careggine di Tuscany sebagai salah satu usaha untuk menarik pelancong ke wilayah tersebut.

Pekan yang wujud pada kurun ke-12 ini telah berada di bawah air sejak 26 tahun yang lalu akan kembali disinari matahari tidak lam lagi. Perkampungan Fabbriche di Careggine ini telah ditenggelami air pada 1946 untuk memberi laluan kepada empangan hidroelektrik untuk tasik Vagli, berdasarkan info daripada badan pelancongan Itali.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

Menariknya, struktur bangunan di pekan ini seperti rumah, kubur, jambatan dan gereja masih dalam keadaan baik walaupun terendam lama di tasik Vagli.

Selepas 1946, hanya 4 kali pekan ini muncul semula; 1958, 1974, 1983 dan 1994 untuk tujuan maintenance empangan tersebut. Pekan ini dijangka akan dibuka tahun hadapan dan bakal dijadikan tarikan pelancongan kerana ramai yang sangat berminat untuk melihat pekan ini secara dekat.

Salah satu lokasi dalam permainan video Dark Souls dikatakan menjadikan pekan ini sebagai sumber rujukan. Jika diberi kesempatan untuk travel, adakah lokasi seperti ini akan berada dalam checklist anda?

Sebelum ini, lantai jubin tamadun Rom Kuno telah ditemui tertanam sejak beratus tahun yang lalu dan masih dalam keadaan baik. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

Lantai Jubin Tamadun Rom Kuno Ditemui, Masih Cantik Walau Tertimbus Beratus Tahun

Jepun Mungkin Bayar Separuh Kos ‘Travel’ Anda Demi Naikkan Kembali Bilangan Pelancong

Anda Mungkin Suka