Satu kenyataan oleh presiden Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang pada 11 Julai 2021 telah dimuat naik semalam di mana mereka kecewa dan tidak setuju dengan kenyataan yang pada mereka ada unsur bangga.

Ia berikutan kenyataan yang dikeluarkan Berita Harian semalam di mana Ketua Penolong Pengarah (Penguat kuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Nor Azirim Ahmad berkata, ia pencapaian di luar jangkaan pihaknya yang memulakan Op Pamah pada 3 Julai lalu.

JPNP dalam kenyataan tersebut berkata telah memusnahkan 15,000 pokok durian Musang King yang ditanam secara haram di Hutan Simpanan batu Talam dalam masa 9 hari. Bagi Wilson, kenyataan tersebut adalah satu kenyataan yang ada unsur bangga.

Wilson mengecam tindakan tidak berhati perut itu kerana buat hidup para pekebun sengsara ketika musim pandemik ini. Beliau berkata dalam hanya beberapa minit, pokok yang dibela, ditanam dan dijaga dengan penuh cermat selamat lebih 20 tahun habis begitu sahaja dalam masa 9 hari.

Tindakan JPNP ‘menyucikan’ 250 ekar tanah tersebut dalam masa beberapa hari dilihat akan memberi kesan kepada alam sekitar. Di mata JPNP, 15,000 pokok durian ini hanyalah nombor tetapi bagi pekebun dan keluarga, ini adalah sumber pendapatan mereka yang terjejas teruk kerana pandemik COVID-19.

Tetapi pihak berkuasa JPNP yang kejam ibarat menolak para pekebun ‘ke hujung tebing’, meninggalkan mereka dalam keadaan tergantung.

Lebih 100 kakitangan JPNP menyertai operasi Op Pamah dan diarah untuk membantu melancarkan aktiviti menebang.

Nor Azirim berkata, kerjasama erat secara berpasukan antara kakitangan JPNP dengan Unit Penguat Kuasa Negeri Pahang (UPNP) turut menjadi faktor kelancaran Op Pamah yang diadakan. Katanya, tugas seterusnya ialah membersihkan tapak untuk kerja menanam pokok hutan dalam hutan simpan terbabit.

Difahamkan para pekebun terbabit telah menceroboh bertahun yang lalu menanam tanaman durian Musang King secara haram di kawasan seluas kira-kira 101 hektar.

“Aktiviti menanam pokok hutan perlu dilakukan segera secara berperingkat, lebih 20,000 pokok hutan perlu ditanam. Pejabat Pembangunan Hutan Pahang Barat, Rotan Tunggal, di sini bertanggungjawab sepenuhnya menanam pokok yang turut dibantu kakitangan daerah lain,” katanya.

Ini beberapa artikel lain berkaitan kontroversi durian Musang King di Pahang. Baca lagi pada pautan di bawah.

Polis Tahan 18 Pekebun Durian Musang King Cetus Provokasi Melampau Ketika Operasi

Rentas Negeri Dan Cetuskan Provokasi, Polis Buka Siasatan Terhadap YB Ronnie Liu