Seorang pelancong Vietnam telah melutut di depan pekedai untuk merayu duitnya dipulangkan kembali selepas dia diperdaya oleh pekedai ini. Kejadian berlaku di Mobile Air, Sim Lim Square, Singapura.

Dalam tangisan, pelancong ini berkata: “I don’t know. I borrowed (from) my friend, so I want to give (it) back to my friend, you know?”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video lelaki Vietnam ini melutut dan merayu telah dipadamkan oleh pemuatnaik video di Youtube.

Sebelum kejadian ini berlaku, Mobile Air pernah berkelakuan tidak baik terhadap seorang pelancong China dengan memulangkan SG$1010 dalam bentuk 18kg duit syiling termasuk 1 sen dan 5 sen dan SG$463 wang tunai pada 28 Oktober, baru-baru ini. Mangsa, Miss Zhou menghabiskan masa 4 jam di situ untuk mengira kesemua duit syiling itu. Selesai mengira, pihak bank pula tidak mahu tukarkannya kepada duit kertas.

281014

Semua ini berlaku kerana pembelian Iphone 6 Plus yang dikenakan caj tambahan untuk jaminan oleh pekedai ini.

maxresdefault

Kejadian ini telah menimbulkan kemarahan warga Singapura di internet. Malah ia memalukan negara Singapura apabila berlaku pada pelancong yang datang bercuti ke situ.

Pham Van Thoai, warga Vietnam sedang bercuti bersama kekasihnya di Singapura. Dia merupakan seorang pekerja kilang dengan pendapatan SG$200 sebulan di Vietnam. Untuk membeli Iphone 6 Plus buat teman wanitanya sebagai hadiah, dia telah mengumpul berbulan-bulan duit gajinya. Apabila tiba di Singapura, dia dapat tahu ada stok Iphone yang dicarinya ada dijual di Mobile Air, Sim Lim Square, Singapura. Dengan tawaran harga yang menarik dan yakin Singapura adalah tempat yang selamat untuk membeli-belah, dia dengan gembira telah membayar SG$950 untuk harga telefon tersebut.

Kisah buli ini bermula apabila dia fikir urusannya telah selesai dan mahu beredar dari kedai itu.

Tiba-tiba dia dipanggil oleh pekedai kerana urusan masih belum selesai. Pham ditanya sama ada mahu jaminan 1 tahun atau 2 tahun. Pada pandangan Pham ia adalah percuma tetapi sebaliknya berlaku apabila pekedai itu meminta Pham menambah SG$1500 untuk 1 tahun jaminan. Jika Pham tidak bayar wang tambahan itu, Pham tidak boleh bawa balik Iphone 6 Plus walaupun telah membayarnya sebelum itu. Oleh kerana Pham tidak cukup duit, dia telah melutut, merayu dan menangis agar dipulangkan balik wangnya. Pekedai itu hanya memperlekehkan dan mentertawakan dia sahaja.

10731058_869927266364820_1953290595578614810_n

Pham tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Jadi dia tidak membaca borang yang telah dia tandatangani.

Pekedai bersetuju memulangkan SG$600 kepada Pham tetapi kekasihnya bertegas mahu keseluruhan duit yang telah dibayar oleh Pham. Pekedai mengugut untuk menarik balik tawaran refund mereka itu jika pasangan ini memanggil polis. Tidak lama kemudian, polis tiba dan ditunjukkan dengan borang yang telah Pham tandatangani. Pekedai itu menawarkan refund SG$70 pula. Rasa tidak puas hati, Consumers Association of Singapore (CASE) diminta datang dan Pham hanya dipulangkan SG$400 sahaja. Pham ambil duit refund itu kerana dia perlu balik ke Vietnam dalam masa 2 hari ini.

viettouristsim0611e

Pembalasan ke atas pekedai telah tiba!

AL-jover-chew-0611e
Jover Chew, pemilik kedai telekomunikasi, Mobile Air di Sim Lim Square. — ST PHOTO: AARON ENG

Kejadian-kejadian ini mengundang marah di kalangan warga Singapura. Dengan usaha SMRT Ltd (Feedback), iaitu sebuah Facebook Fanpage, dan netizen Singapura telah bersatu mengajar dan troll balik pemilik dan pekedai Mobile Air tersebut dengan cara yang tidak disangka-sangka!

netizen

smrt

Ini adalah hasil usaha SMRT Ltd dan netizen Singapura:

Ia bermula dengan ini…

smrt0

Disusuli dengan ini… Oh my! Tauke Mobile Air.

449c

Menggali lebih maklumat lagi…

smrt11

Pendedahan lokasi…

smrt map1

Live chat??

smrt livechat

Blacklisted…

e948

SMRT Ltd (Feedback) juga telah melakukan troll…

10801678_870127449678135_9136062901447042124_n

5c54

Dan pelbagai lagi yang telah diselongkarkan di Facebook Fanpage tersebut.

Ini pula antara respon yang diterima berikutan tindakan SMRT Ltd dan netizen…

respon1

10354729_869642496393297_2199779585687687289_n

Selain SMRT Ltd, seorang usahawan startup teknologi telah memulakan kutipan derma untuk Pham.

Inilah lelaki yang telah memulakan kutipan derma untuk Pham yang menjadi mangsa pekedai di Sim Lim Square. Namanya Mr Gabriel Kang seorang peserta program TheStartup Asia Reality Show dan kini mengusahakan local startup di Singapura.

10407929_10152370319967115_7144152438217670727_n

Mr Gabriel Kang menggunakan laman web Indiegogo untuk membantu Mr Pham Van Thoa telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari netizen dengan pengumpulan SG$14,000 (US$11,000) dalam sehari. Sasaran sebenar ialah US$1350 bagi menghadiahkan Iphone 6 dan hadiah buatan tempatan seperti bak kwa, jem kaya dan pek rempah-ratus untuk Pham. Saat ini, duit terkumpul telah mencecah US$12,300.

Dengan duit sebanyak itu pastinya sesiapa tidak akan menolak jika diberi. Tetapi Mr Pham Van Thoa sangat berbeza!

“I lost $550. So I will accept only $550 donated by kind people. Nothing more. I’m grateful for all your kindness but I do not want to take more than what I’ve lost,” Mr Pham memberitahu kepada portal Lianhe Zaobao.

Sumber:
1) Youtube
2) Kes wanita China dibayar dengan duit syiling oleh Mobile Air
3) Pelancong menangis dan melutut di Singapura
4) Facebook Fanpage SMRT Ltd (Feedback)
5) Artikel dan video
6) Kutipan derma di Indiegogo
7) Pemilik Mobile Air, Jover Chew
8) Respon Pham terhadap kutipan derma untuknya

LIKE The Vocket di Facebook