Sebut mengenai Jeff Bezos pasti orang ramai cukup mengenalinya. Berjaya menjadi manusia terkaya dunia menerusi syarikat Amazon antara yang membuatkan beliau berjaya menjadi idola kepada orang ramai.

Dalam pada itu, di sebalik kekayaannya yang kini mencecah RM850 bilion, beliau nampaknya kurang disenangi ramai khususnya pekerja dan bekas pekerja syarikatnya sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
33986386-8805177-Chris_Smalls_pictured_in_front_of_Bezos_mansion_Destroying_small-a-344_1601875867006
Sumber: The Sun
33986396-8805177-Some_of_the_demonstrators_at_The_Wrong_Amazon_is_Burning_rally_w-a-338_1601875866992
Sumber: The Sun

Difahamkan semuanya bermula apabila beliau menawarkan gaji yang rendah buat para pekerja. Bukan itu sahaja, polisi kerja yang ketat serta tidak dibenarkan rehat dalam tempoh yang panjang antara yang membuatkan para pekerja kurang berpuas hati.

Bukan itu sahaja, para pekerja juga telah dikerah untuk bekerja lebih masa sewaktu lockdown dijalankan di Amerika Syariakat beberapa bulan lalu berikutan jumlah pesanan yang tinggi daripada orang ramai.

Melihatkan desakan yang dibuat para pekerja sebelum ini kurang berhasil, sebuah protes telah dijalankan di hadapan kediaman Jeff Bezos bernilai $165 juta  (~RM685 juta) yang dihadiri oleh bekas pekerja Amazon beserta para aktivis.

Berdasarkan tuntutan yang dibuat, mereka mahukan Amazon membayar gaji minimum $30 (~RM124.50) setiap jam, insuran kesihatan serta memastikan bangunan Amazon menjalankan proses sanitasi dengan kerap. Mereka juga mengharapkan bayaran lebihan $2 (~RM8.50) setiap jam sebagai hazard pay diteruskan sehingga pandemik berakhir.

NINTCHDBPICT000612429746
Sumber: The Sun
33986794-8805177-The_group_of_protesters_gathered_outside_of_Jeff_Bezos_156millio-a-341_1601875866999
Sumber: The Sun

Difahamkan tuntunan ini dibuat setelah dilaporkan sekitar 20,000 pekerja Amazon telah disahkan positif COVID-19 selepas dikerah untuk bekerja tanpa mengikut SOP yang ditetapkan sewaktu pandemik. Lebih mengejutkan, sekurang-kurangnya 10 pekerja Amazon telah dilaporkan maut disebabkan wabak COVID-19.

Setakat ini, Jeff Bezos masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan protes di hadapan kediamannya baru-baru ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai kisah Jeff Bezos yang berjaya menjadi lebih kaya sejak pandemik COVID-19 melanda.

Yang Kaya Makin Kaya, Jeff Bezos Sah Jadi Orang Paling Kaya Di Dunia Dengan Nilai RM850 Bilion

Netizen Kurang Senang Jeff Bezos Bakal Menjadi ‘Trillionaire’ Pertama Dunia