Sekiranya anda mengikuti sejarah syarikat Apple, pastinya anda mengetahui bagaimana syarikat ini begitu berahsia sebelum mengumumkan produk dikeluarkan kepada umum. Hal ini sudah pastinya untuk memastikan insiden Apple iPhone 4 tidak lagi berlaku.

Terbaru, seorang pekerja Apple yang menguruskan bahagian kejuruteraan iPhone X dipecat setelah membiarkan anak perempuannya memuat naik video di YouTube yang menunjukkan fungsi terbaru iPhone X. Difahamkan beliau berpeluang untuk menggunakan iPhone X dengan lebih awal sebelum dijual kepada umum.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen_Shot_2017-10-30_at_1_03_48_PM

Menurut pekerja Apple yang dipecat, beliau tidak menyangka tindakan beliau membiarkan anaknya memuat naik video iPhone X di YouTube membolehkan karier beliau musnah.

Lebih mengejutkan apabila video yang dimuat naik anaknya telah tersenarai di laman trending YouTube. Berikut merupakan video yang membuatkan karier beliau musnah.

https://www.youtube.com/watch?v=RBeD8E2xxck

Insiden yang berlaku ini bukan sahaja memberi pengajaran buat mereka yang bekerja di Apple, malah pengajaran untuk kita semua agar lebih peka dengan polisi syarikat anda bekerja.

Sumber