Sejak pandemik COVID-19 mulai menyerang, dapat dilihat kebanyakan syarikat dalam dan luar negara sudah mula membiasakan dengan budaya work from home dimana para pekerja dibenarkan untuk menjalankan tugas di rumah masing-masing. Situasi yang sama turut berlaku di syarikat besar seperti Google dan Facebook.

Terbaharu, melihatkan keadaan COVID-19 di Amerika Syarikat yang serius, Google dan Facebook dilaporkan sedia membenarkan para pekerja work from home sebelum kembali ke bertugas di pejabat seperti kebiasaan seawal 2021. Difahamkan cuma 10-15% pekerja bakal bertugas di pejabat manakala selebihnya masih lagi dibenarkan bertugas di rumah masing-masing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
103991584-RTSQQJD
Sumber: CNBC

Menurut CEO Mark Zuckerberg, 95% pekerja sepenuh masa Facebook kini dibenarkan untuk bekerja dari rumah. Tambahnya lagi, keselamatan para pekerjanya antara yang dititikberatkan sekaligus tidak mahu para pekerja berkumpul di pejabat yang mampu meningkatkan risiko penyebaran wabak COVID-19.

Dalam usaha meringankan beban para pekerja berikutan kehadiran wabak COVID-19, Facebook turut menawarkan bonus $1,000 (RM4,334) buat setiap pekerja sepenuh masa mereka.

Menariknya mengenai Facebook, meskipun terkesan dengan kehadiran pandemik COVID-19, Facebook yang kini mempunyai 48,000 pekerja sepenuh masa dijangka akan menambah lagi 10,000 pekerja menjelang akhir 2020.

Kami kongsikan juga beberapa artikel berkaitan dengan Facebook dan Google. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Facebook Perkenalkan Messenger Rooms Untuk Bersaing Dengan Aplikasi Zoom

Google Haramkan Para Pekerja Daripada Menggunakan Zoom

Sumber