Terbaharu, sebuah kilang tenusu di Turki diarah tutup selepas penularan video pekerjanya yang tidak ‘beretika’ mandi dalam susu. Menerusi video yang tular itu, seorang lelaki duduk di dalam satu tab berisi susu dan menggunakan cawan untuk menyiram kepalanya.

Menurut laporan, pelaku tersebut dikenali sebagai Emre Sayar dan perbuatannya dirakam rakannya, Ugur Turgut lalu video itu dimuat naik di TikTok. Lantaran itu, kedua-dua individu tersebut telah ditahan polis.

Mendapat perhatian dan mengundang kerisauan warganet, pihak kilang mengesahkan bahawa pekerja tersebut bukan mandi dalam susu tetapi ia sebenarnya adalah campuran air dan cecair pembersih.

Malah, pihak kilang melabelkan perkara tersebut bertujuan untuk mencemarkan nama baik syarikat dan pekerja tersebut telah diberhentikan kerja. Kini, siasatan dijalankan terhadap syarikat terbabit dan kilang terpaksa ditutup selain didenda kerana didakwa beroperasi di bawah keadaan yang membahayakan kesihatan manusia.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Racun TikTok Kembali, 10 Barangan ‘Must Buy’ Yang Berbaloi Anda Miliki Sempena Jualan 11.11

Lebih 10 Tahun Menyepi, ‘Comeback’ Azwan Ali Dengan Imej Serba Baru Terima Pujian Netizen

“Bertongkat Itu Sunnah Nabi” – Niat Suhaimi Saad Untuk Bertongkat Kini Tercapai

Sumber