Perkongsian oleh seorang pekerja offshore, Dentonel Misa ini di laman Facebook miliknya pasti akan membuatkan kita lebih berhati-hati menghadapi penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Melalui kirimannya itu, dia yang kini dirawat di Hospital Tumpat, Kelantan menjelaskan beliau sendiri tidak mengetahui dimana dia dijangkiti penyakit berbahaya itu dan hanya disahkan postif selepas dua kali menjalani ujian pengesanan.

FW1008873_PTJ05_24012020_KLIA_TINJAUAN-mpr-1536×1029
HYPE
Ikuti Saranan KKM Untuk Lindungi Diri Anda Daripada Jangkitan COVID-19
Baca lagi →

“Tuan-tuan dan puan-puan, virus COVID-19 itu macam cinta. Cinta buta.

“Dia tidak mengenal siapa, sesiapa sahaja boleh kena jika dipandang ringan.

“Macam kes saya, saya sendiri pun tidak tahu dimana saya dijangkiti,boleh jadi di lapangan terbang, dalam penerbangan, di hotel atau dari mana-mana,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai perjalannya dijangkiti wabak itu, Dentonel berkata dia mula mengalami gejala demam pada awal bulan ini terus ke Hospital KPJ Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan.

“Tapi malangnya masa tu Kota Bharu belum ada kit ujian dan kriteria saya tidak memenuhi syarat utk di uji- salah satunya adalah saya tidak pernah ke luar negara yang terjebak.

Mengakui sedikit kecewa dengan perkara itu, beliau kemudiannya kembali ke rig pada 5 Mac dengan berbekalkan panadol dan antibiotik untuk seminggu.

Bagaimanapun, sesampainya di sana beliau sekali lagi mengalami demam panas dan mula mengalami batuk kering dan tidak berhingus hanya dua hari selepas kembali ke rig.

Keadaan semakin parah

Menyedari keadaan dirinya makin parah, Dentonel kemudiannya mendapatkan rawatan dari Rig Medic yang bertugas ketika itu.

“Pada 9 Mac, saya kehabisan ubat dan antibiotik.

“Tapi badan semakin lemah, bernafas semakin sukar, badan sejuk sehinggakan saya terpaksa tidur di dalam tandas klinik pada malam 8 haribulan (disitu saja tempat yang tiada penghawa dingin),” katanya.

Kemudian pada hari yang sama, petugas kesihatan di rig akhirnya memutuskan untuk menghantar beliau kembali ke darat menggunakan helikopter bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Sampai sahaja helikopter di darat, saya terus dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu selama empat hari.

“Dirawat di wad biasa dan didiagnosis jangkitan kuman di paru-paru.

Dia bagaimanapun pada ketika itu masih belum diuji COVID-19 kerana tidak menurut kriteria mereka yang berisiko untuk dijangkiti dan dibenarkan pulang.

Positif COVID-19

“Oleh yang demikian saya telah berbincang dgn Rig Manager dan pada hari yang sama telah pergi ke hospital swasta untuk pemeriksaan.

“Keputusan ujian pertama adalah negatif dan saya diminta untuk membuat ujian kali kedua pada 17 Mac untuk pengesahan dan keputusan ujian kedua adalah positif,” jelasnya.

Beliau yang kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Tumpat bagaimanapun memberitahu sudah berada dalam keadaan stabil dan sudah melepasi fasa kritikal menurutnya.

“Seperti yang telah saya katakan awal tadi, ya sekarang saya sedang dikuarantin di Hospital Tumpat sehingga ujian seterusnya pada Rabu depan.

“Jangan risau jangan panik, saya baik-baik saja, kesihatan boleh dikatakan 99% sihat, cuma virus masih ada di dalam badan,” kongsi beliau kepada di Facebook.

Malah dia juga berkata akan melakukan kuarantin secara bersendirian selepas dibenarkan keluar dari hospital dan pulang ke kampung halamannya di Miri nanti bagi mengelakkan keluarga dan orang terdekat dijangkiti virus tersebut.

“So selepas balik nanti, memang saya bercadang untuk camping di luar selama seminggu untuk extra quarantine dari keluarga.

Camping gear fullset and ready to go..tiada masalah,” kongsinya.

Dia pada masa turut sempat menitipkan pesanan buat masyarakat di luar sana dalam menghadapi penularan wabak COVID-19 ketika ini.

“Nasihat saya pada rakan-rakan, 1) elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda demam (fikirlah sendiri), biarlah anda kekal sihat dalam tempoh mengekang COVID-19 ini, 2) Jangan sebar berita yang tidak sahih, ini akan bikin panik dan boleh jadi bodoh secara tidak terkawal (ini pun tiada ubat), 3) Dengar nasihat kerajaan dan pihak berkuasa, 4) Jangan balik kampung atau rumah panjai,” kongsinya di kiriman Facebook itu.

Patuhi perintah kawalan pergerakan

Hello rakan2 semua..terlebih dahulu sy ingin memohon maaf sekiranya tak angkat call ataupun reply whatapps, bukan…

Posted by Dentonel Misa on Saturday, 21 March 2020

Dengan bilangan kes terkumpul yang makin meningkat setiap hari, wabak COVID-19 kini diihat berisiko untuk dijangkiti oleh sesiapa sahaja tanpa mengira siapa mereka.

Jika sebelum ini, mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit sahaja yang berisiko tinggi untuk dijangkiti.

Namun perkongsian oleh beliau ini sudah pasti akan membuatkan kita lebih memahami langkah pencegahan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan terutamanya berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini berkuatkuasa sehingga hujung bulan ini.

Dengan bilangan pesakit makin bertambah setiap hari, meminimakan pergerakan dan sentiasa berada di rumah adalah langkah yang boleh menghindarkan kita daripada dijangkiti wabak COVID-19 yang kini sudahpun mencatat kematian di negara kita.

Ini kerana jika dilihat pada sejarah yang dilalui oleh Dentonel, beliau sendiri tidak pasti dimana lokasi dia telah dijangkiti wabak tersebut dan terpaksa melalui dua kali ujian sebelum disahkan positif COVID-19.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai COVID-19 di dalam dan luar negara. Klik pautan di bawah untuk membaca.

PM Rayu Rakyat Malaysia ‘Stay At Home’ Untuk Putuskan Rantaian COVID-19

Berbekalkan Semangat Yang Tinggi, Wanita Hamil 3 Bulan Ini Kongsi Pengalaman Bebas COVID-19

Enam Zon Merah COVID-19 Yang Anda Perlu Tahu

Anda Mungkin Suka