Sejak bermulanya bulan ini, kes COVID-19 di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang mendadak melibatkan beberapa buah negeri melibatkan Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan Labuan.

Sehubungan dengan itu, menerusi mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berlangsung, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan pihak kerajaan sedia membenarkan kira-kira sejuta pekerja peringkat pengurusan di sektor awam dan swasta di kawasan PKPB bekerja di rumah.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →
PTJ08_03102020_PC

Sumber: The Star

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, sektor industri yang akan terbabit untuk bekerja di rumah akan diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), tidak lama lagi.

Dalam pada itu, kumpulan pekerja yang perlu hadir ke pejabat antaranya mereka yang terbabit dalam urusan kewangan dan pembayaran, penguatkuasaan dan kebajikan perlu melakukan ujian saringan yang akan ditanggung oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Syarikat yang terbabit dengan arahan itu mesti mengeluarkan surat kepada para pekerja.

Arahan yang dikeluarkan ini bakal berkuat kuasa selama lima hari bermula 22 Oktober iaitu pada hari Khamis sehingga 27 Oktober setakat ini. Sekiranya terdapat arahan terbaru melibatkan tempoh lanjutan PKPB, maka para pekerja bakal turut dibenarkan work from home sehingga PKPB tamat.

Tular pada hari ini apabila PDRM mengesahkan Addy Kanna dan Leong Yeong tidak terlibat dengan Macau Scam seperti yang disyaki ramai.

PDRM Sahkan Addy Kanna dan Leong Yeong Tidak Terlibat Dengan Macau Scam

PKPB Bakal Dilaksanakan Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Mulai 14 Oktober

Anda Mungkin Suka