Kira-kira 1,000 kakitangan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) yang terlibat dalam penstrukturan semula syarikat itu dijangka ditawarkan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) sebelum 1 April ini.

Kwiknews.my
Kwiknews.my

Difahamkan, surat pekeliling mengenai pengumuman itu telah dikeluarkan kepada kakitangan syarikat petroleum itu menerusi e-mel, hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemberian VSS tersebut, dipercayai mampu mengurangkan kira-kira 10 peratus perbelanjaan operasi (opex) selain berdepan dengan isu kejatuhan harga minyak di pasaran antarabangsa.

Difahamkan, Petronas juga sedang mengkaji untuk tidak me­nyambung perkhidmatan kakita­ngan kontrak di luar tugasan kritikal.

Bagaimanapun, kakitangan bahagian teknikal termasuk bukan eksekutif tidak terlibat dalam penstrukturan itu.

BACA: Petronas Potong Belanja RM50 Bilion Dalam 4 Tahun

Sumber