Permintaan ‘keras’ Elon Musk yang mahu semua pekerjanya bekerja sekurang-kurang 40 jam seminggu di pejabat atau mengugut untuk memecat mereka nampaknya telah mencetuskan sedikit huru-hara. Ini terjadi disebabkan syarikatnya, Tesla, tidak bersedia untuk menerima kehadiran kesemua pekerja ke pejabat di Fremont, California sehingga menyebabkan masalah yang tidak dijangkakan.

Sebelum ini, Musk ada menghantar e-mel kepada pekerja SpaceX dan Tesla dengan menyatakan bahawa pekerja mesti menghabiskan sekurang-kurangnya 40 jam di pejabat setiap minggu atau berhenti. Mereka juga diwajibkan untuk bekerja di pejabat dan bukannya lokasi terpencil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX itu juga menjadikan dirinya sebagai contoh apabila berkata bahawa dia menghabiskan enam hari seminggu di kilang dan pejabat Fremont, “tujuh jika boleh secara fizikal,” sambil menambah bahawa “apa sahaja yang saya minta orang lain lakukan, saya lakukan lebih banyak lagi.”

Tetapi menurut siasatan oleh The Information, kemasukan pekerja secara tiba-tiba telah membawa kepada situasi yang huru-hara. Ramai daripada pekerja yang bekerja dari rumah sejak permulaan wabak, tetapi bilangan kakitangan Tesla telah meningkat dua kali ganda sejak era pra-pandemi, dan syarikat itu tidak bersedia untuk semua orang kembali ke pejabat secara serentak.

Seperti yang dijangkakan, beberapa masalah isu mula bangkit seperti kekurangan meja, tempat duduk yang tidak mencukupi dan tempat letak kereta yang tidak mencukupi. Terdapat juga aduan mengenai sambungan Wi-Fi yang lemah.

Musk menghadapi banyak kritikan berhubung kenyataannya untuk pekerja kembali ke pejabat. Scott Farquhar, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Atlassian, berkata cara Musk seperti budaya dari tahun 1950-an. Lelaki terkaya di dunia itu telah melunakkan sedikit pendiriannya sejak itu, dengan menyatakan bahawa pekerja “luar biasa” mungkin dibenarkan untuk terus bekerja dari rumah.

Sila kembali bekerja di pejabat atau letak jawatan, kata Elon Musk kepada pekerja Tesla. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Sila Kembali Bekerja Di Pejabat Atau Letak Jawatan, Kata Elon Musk Kepada Pekerja Tesla

Nilai Saham Syarikat Indonesia Meningkat Selepas Elon Musk Makan Gula-Gula Kopiko

Elon Musk Jadi ‘Gelandangan’ Demi Ke Planet Marikh, Jual Rumah Terakhirnya RM126 Juta