Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebelum ini, tular klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pelanggan memesan makanan dan makan ketika Ramadan di restoran makanan segera, Burger King.

Rakaman tersebut dirakam dan ditularkan oleh pekerja Burger King. Video yang dimuat naik itu telah mengundang perdebatan dalam kalangan netizen dan ada yang menyokong tindakan perakam serta sebaliknya.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Lantaran itu, restoran makanan segera Burger King Malaysia berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerjanya yang memuat naik klip rakaman tersebut.

Dalam satu kenyataan, Burger King juga meluahkan kekesalan mereka atas tindakan yang dibuat oleh pekerjanya itu. Tidak hanya itu, pihak Burger King menegaskan tidak menyokong perkara ini dan bakal mengambil tindakan agar perkara ini tidak berulang pada masa depan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Siapa Potong Bawang Ni?’ – Iklan Raya BoboiBoy Berjaya Sentuh Hati Netizen

Berebut Pelanggan Jadi Punca Pergaduhan 2 Pekerja Kedai Telefon Di KB Mall