Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Seorang wartawan Amerika, Casey Newton melaporkan bahawa pejabat Twitter di Singapura dilaporkan telah ditutup akibat tidak membayar sewa.

Artikel Berkaitan:

Dalam ciapan yang dikongsikan di laman Twitter, Newton berkongsi bahawa tuan tanah telah meminta pekerja Twitter untuk keluar dari bangunan yang terletak di Market Street tersebut.

Wartawan teknologi Business Insider Kali Hays kemudiannya menulis dalam ciapannya bahawa sewa untuk pejabat Twitter Singapura telah tertunggak.

Bagaimanapun, Elon Musk dilaporkan telah membayar sewa yang tertunggak sejurus selepas mereka dihalau.

Pekerja yang mulanya keluar meninggalkan pejabat telah menerima arahan untuk kembali bekerja.

Difahamkan bahawa pejabat Twitter akan ditutup dan pekerja mereka akan diusir di beberapa pejabat mereka di beberapa negara.

Ini disebabkan kesan pengurangan kos yang dilakukan oleh Elon Musk dalam operasi dan juga pembayaraan sewa.

Beberapa pejabat Twitter di beberapa negara dilaporkan telah ditutup, dengan lebih banyak kemungkinan akan ditutup dalam beberapa minggu akan datang.

Beberapa pejabat ini termasuk di Hong Kong, Filipina, Mexico dan Afrika.

Penutupan ini juga berkemungkinan akan menyebabkan ratusan lagi pekerja Twitter kehilangan kerja.