Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Polis telah menahan tiga lelaki warga tempatan berusia 29 hingga 60 tahun di dalam serbuan Ops Pintas Bersepadu. Majikan yang ditahan kira-kira 12.45 tengah malam semalam itu dikatakan telah bertindak mengurung pekerja mereka dan membayar gaji RM10 sehari.

Ketua Penolong Pengarah D3 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus bersama-sama dengan anggota polis daripada Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) serta Pasukan Petugas Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah berjaya menyelamatkan 22 pekerja restoran di Taman Chi Liung, Klang.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Pihaknya telah menyerbu sebuah restoran dan dua asrama pekerja. Tangkapan dibuat atas siasatan eksploitasi buruh paksa, gaji yang dibayar tidak seperti yang dijanjikan, kesemua pekerja dikurung di asrama dan menerima ugutan daripada majikan dan penjaga, lapor Sinar Harian.

Tambah Fadil lagi, kesemua mangsa yang diselamatkan terbabit adalah warga asing yang berusia 23 hingga 44 tahun. Kesemua mereka adalah warganegara Indonesia dan India. Polis juga telah merampas 40 pasport, dua telefon bimbit, sebuah kereta jenis BMW dan wang tunai dipercayai hasil perniagaan berjumlah RM3,858.

Majikan yang ditahan difahamkan telah mempergunakan pekerjanya seperti hamba. Membayar gaji mereka RM10 sehari, dikurung selepas waktu bekerja, dipaksa bekerja selama 12 jam dan tiada hari cuti.

Para pekerja warga asing ini juga tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit walaupun selepas waktu bekerja dan perlu memperoleh kebenaran majikan jika mahu menggunakannya. Selain itu, pekerja turut diugut pukul jika cuba larikan diri selain makanan yang dicatu oleh majikan terbabit.

Untuk rekod, kes kini disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.

Dakwa guna buruh paksa, AS larang import minyak sawit Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dakwa Guna Buruh Paksa, AS Larang Import Minyak Sawit Malaysia

Tesco Malaysia Dilaporkan Amal Perhambaan Moden Terhadap Pekerja Asing

Hershey, Nestle Dan Mars Memperhambakan Kanak-Kanak Untuk Hasilkan Coklat

Anda Mungkin Suka