Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sekumpulan pekerja Yahudi yang bekerja untuk syarikat gergasi teknologi Google mendesak para pemimpinnya untuk menyokong rakyat Palestin di Gaza yang dibedil dengan kejam oleh Israel, lapor Times of Israel.

Dalam surat yang kini belayar di perusahaan terbabit, pekerja Google mendesak CEO, Sundar Pichai untuk mengumumkan bahawa ia mengecam segala jenis tindakan kejam Israel ke atas Palestin, termasuk mengakui bahawa segala penindasan dan keganasan yang dibuat oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestin.

Tambahan daripada itu, para pekerja di Google juga meminta CEO mereka untuk memberi tumpuan penuh terhadap permintaan dan suara pekerja Google dari Palestin, ini termasuk dengan menghentikan segala hubungan dengan syarikat yang menyokong tindakan kejam melanggar hak asasi manusia Israel di Palestin.

Israel-Gaza cross-border violence continues

Al Jazeera

Surat yang mengandungi 250 tandatangan itu pada mulanya dilaporkan oleh media The Verge. Ia mengandungi tandatangan sebagai sokongan kepada kaum Palestin dari pekerja kaum Yahudi dan pakatan pekerja Google yang lain. Permintaan ini dibuat oleh Diaspora Yahudi kepada kumpulan sumber pekerja (ERG).

Untuk rekod, Diaspora Yahudi adalah kumpulan baru yang dibentuk tahun lalu sebagai tindak balas terhadap kumpulan pekerja Google Jewglres yang dituduh sebagai penyokong kuat regim Zionis Israel.

Mereka membentuk kumpulan Diaspora Yahudi kerana tidak mahu disamakan dengan kumpulan yang menyokong kekejaman yang melanggar hak asasi manusia. “Kami terpaksa membentuk kumpulan kami sendiri kerana fakta bahawa kami benar-benar tidak diizinkan untuk menyatakan pandangan kami di ERG,” kata seorang pengurus pemasaran produk dalam kumpulan itu kepada The Verge.

GettyImages_1232817723.0

Vox.com

Selain itu, kumpulan ini turut mendesak agar Google menyokong dan melindungi hak kebebasan bersuara dengan menekankan bahawa kritikan terhadap Israel tidak boleh dilihat sebagai anti-Semitik.

“Kami meminta kepemimpinan Google untuk menolak definisi anti-Semitisme yang menyatakan bahawa kritikan terhadap Israel atau Zionisme adalah anti-Semit.

“Anti-Zionisme bukanlah antisemitisme dan konflik ini merugikan usaha  untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Palestin dan Yahudi dengan membatasi kebebasan bersuara dan beralih dari tindakan anti-Semitisme yang sebenarnya,” kata surat itu seperti dilaporkan oleh Middle East Eye.

Laungan takbir bergema di Gaza, Hamas dakwa menang lawan Israel. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Laungan Takbir Bergema Di Gaza, Hamas Dakwa Menang Lawan Israel

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Unit 8200, Agensi Risikan Siber Israel

Lihat Bagaimana 30 Bomoh Di Indonesia Serang Israel Guna Sihir Dan Roket Ghaib

Anda Mungkin Suka