Menurut petikan Berita Harian, kira-kira 5,000 graduan perubatan menjalani latihan tetapi 1,000 orang telah berhenti gara-gara tidak tahan dengan tekanan kerja sewaktu ‘housemanship’ dan ada yang baru sedar mereka tidak berminat dengan bidang perubatan ini.

Manakala The Malay Mail Online pula melaporkan, bagi menangani masalah penempatan doktor-doktor baru di hospital kerajaan, graduan perubatan dicadangkan berkhidmat di kementerian lain sebagai alternatif solusi masalah kekurangan perjawatan tersebut.

Susulan itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S Jeyaindran telah berdiskusi sejak dua bulan lalu dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menempatkan graduan perubatan ini di kementerian lain.

Sementara diskusi berlangsung, apa kata kita senaraikan pekerjaan yang sesuai untuk graduan perubatan. Alternative careers for doctors.

1. Penulisan

Doktor adalah satu kerjaya yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Kata-katanya ada nilai dan dipercayai oleh orang ramai. Maka, dengan pengetahuan, pengalaman dan kredibiliti, mereka boleh menceburkan diri di dalam bidang penulisan di blog, majalah, buku atau menghantar artikel di The Vocket.

2. Program latihan

Bergabung tenaga mengusahakan program latihan atau pensijilan untuk orang awam atau pekerja sektor kesihatan. Contoh: Program for Reversing Heart Disease oleh Dr. Dean Ornish dan Arizona Center for Integrative Medicine oleh Dr Andrew Weil.

3. Insuran Perubatan

Insuran sangat dekat dengan status kesihatan. Sekiranya agen insuran mempunyai latar belakang perubatan, pasti ia turut membantu urusan para pelanggannya.

4. Kebajikan

Ini lebih tertumpu kepada penyelidikan di mana seseorang itu bekerja di niche tertentu yang dibiayai oleh organisasi kebajikan penyelidikan perubatan seperti hospital dan universiti. Ia penting untuk pembangunan dan pengurusan program penyelidikan, fundraising dan juga meningkatkan kesedaran orang awam.

5. Jualan

Ia biasanya melibatkan industri farmasi dan healthcare professionals di mana seseorang akan menjadi wakil syarikat jualan untuk mempromosikan produk-produk syarikat seperti ubat dan peralatan perubatan kepada para doktor di hospital dan klinik.

6. Ekspedisi

Ini menarik bagi mereka yang suka mengembara kerana bakal menjadi pegawai perubatan ekspedisi. Seseorang yang bekerja di sektor ini perlu bersiap sedia menyokong keperluan kesihatan kepada adventure travellers dan penyelidik di kawasan yang jauh dari hospital/klinik atau perjalanan yang berisiko. Ia adalah untuk membantu mereka yang mungkin akan cedera atau sakit semasa mengikuti ekspedisi.

7. Politik dan etika perubatan

Biasanya ia melibatkan doktor yang menjalani klinikal. Doktor boleh membantu menambah baik strategi pembangunan, pengurusan risiko, penyelidikan dan lain-lain dengan matlamat untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan pesakit atau menambahbaik kondisi pekerjaan pekerja kesihatan.

8. Complementary Medicine

Lima jenis rawatan yang diterima sebagai complementary medicine di UK ialah osteopathy, herbalism, homoeopathy, acupuncture dan chiropractic. Ia adalah rawatan yang dilakukan selari dengan perubatan moden.

9. Diving Medicine

Doktor sesuai ambil lesen skuba profesional di dalam 2 bidang scuba diving ini iaitu Emergency First Responder (EFR) dan Rescue Diver. EFR melibatkan praktikal First Aid dan mesti cepat bertindak. Manakala Rescue Diver pula menyelamatkan diver yang lain. Ataupun tak semestinya 2 bidang itu, doktor nak dalami Dive Master pun boleh.

10. Undang-undang

Guna pengetahuan perubatan untuk membantu mangsa kecuaian semasa menerima rawatan di hospital atau klinik. Doktor boleh sambung belajar di bidang undang-undang atau bekerjasama dengan peguam sebagai satu kumpulan yang akan membicarakan tentang kes kecuaian kesihatan contohnya.

Itu baru 10 contoh. Di UK, siap ada info tentang kerjaya alternatif bagi seorang doktor. Jadi, ia bukan perkara baru jika doktor tidak bekerja di bidang mereka. Lagipun, rezeki ada di mana-mana. Kita usaha, Tuhan beri. Insha Allah.

Tapi apa-apa pun para graduan perubatan perlu melalui tempoh housemanship di hospital kerajaan bagi melayakkan mereka menerima lesen perubatan.