Tahun 2017 pastinya merupakan tahun mencabar buat anda, tidak kira sama ada golongan makan gaji atau bekerja sendiri. Apabila berbincang berkenaan kerja, faktor gaji adalah perkara yang sering menjadi topik hangat. Baik, secara peribadi anda memilih kerja berdasarkan minat atau gaji?

Selain dari mencari bidang kerja yang bermakna dan mencabar, prospek peningkatan pendapatan juga amat penting untuk dilihat. Ini kerana, semua orang sudah pastinya memerlukan wang untuk memenuhi keperluan seharian. Itu belum dikira kos sara hidup yang boleh meningkat secara mengejut seperti kenaikan harga minyak atau barangan keperluan harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada tahun 2016, kajian yang pernah dilakukan oleh Hays Asia Salary Guide memberitahu 53% rakyat Malaysia menganggap gaji dan faedah sebagai keutamaan apabila memilih pekerjaan. Dalam erti kata lain lima dari 10 rakyat Malaysia menjadikan prospek gaji sebagai faktor penentu dalam memilih pekerjaan.

Manakala kajian yang dibuat oleh Salary Explorer mendapati rakyat Malaysia pada dasarnya tidak berpuas hati dengan gaji yang mereka terima. Di bawah ini adalah 25 carta kedudukan pekerjaan dengan gaji paling lumayan di Malaysia. 3 Tangga teratas dengan pendapatan purata sebanyak RM70,000 sebulan dan paling bawah ialah jawatan sebagai Pengarah Urusan Kerjaan dengan purata gaji sebanyak RM20,000 sebulan.

Sementara itu tinjauan JobStreet berhubung Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Pekerja di Malaysia mendapati, dari segi gaji, 61 peratus responden merasakan gaji mereka adalah rendah dan tidak mampu menyara kehidupan.