Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

16 pengalaman kerja luar negara. Lebih lagi untuk orang muda yang mahu merantau, memang sangat saya galakkan keluar dan tengok negara yang anda mahu pergi. Site visit kata orang. Pergi menilai sendiri, supaya anda boleh matang.

Buat aktiviti dan belajar kehidupan sebenar di sana. Live like local, beli barang mentah dan masak sendiri. Meh saya senaraikan beberapa kerja yang mungkin anda minat. Anggap sahajalah sebagai tugasan luar negara.

1. Cikgu bahasa asing

Haha. Kena terima hakikat, Bahasa Malaysia bukan bahasa antarabangsa. Memang peluang tipislah kecuali anda mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris dan bahasa international yang lain.

2. Bekerja di hotel/hostel/homestay

Banyak tempat penginapan ini mencari staf tambahan ketika musim ramai pelancong. Ada yang bagi kerja untuk jangka masa pendek dalam beberapa minggu sahaja. Tapi mana tahu rezeki, buka peluang untuk kerja jangka masa panjang.

3. Bekerja menggunakan lesen praktis bertauliah

Saya bagi contoh seperti scuba diving instructor. Saya masih ingat lagi ketika ambil lesen menyelam di Pulau Mabul, Sabah,instructor aku adalah orang Amerika Syarikat.

Dia datang ke situ memang untuk diving sahaja matlamatnya, tetapi untuk dapatkan penginapan percuma dia mengambil kerja part time. Makan free, penginapan free, duit dapat dan hari-hari dapat diving! Syurga dunia untuk dia.

4. Bekerja di atas kapal cruise

Anda boleh bayangkan kapal ini macam hotel tengah laut. Ada semua perkhidmatan dari housekeeping sampai ke hiburan. Saya ada seorang kenalan dari Malaysia yang sedang rintis jalan ini.

Saya pun excited dan harap dia berjaya. Nanti saya boleh kongsikan dengan semua. Kerja kapal ini lumayan.

5. Bekerja di ladang dan kolam ikan

Biasa kalau saya cakap kerja di ladang, semua tengok petik epal. Haha. Ada banyak ladang di dunia ini. Ladang kopi contohnya. Lain negara lain ladangnya.

Saya pernah tengok kawan saya sempat ke tempat pakcik dia di Sicily, Italy. Bukan takat strawberi dan epal. Apa jenis beri anda tak pernah dengar pun ada. Memang kerja keras sikit, tapi pengalaman memang mahal.

6. Bekerja petik buah

Ini popular di kalangan orang Malaysia. Sampai kena tipu dengan agen pun ada. Dijanjikan pulang yang lumayan apabila kerja di Australia.

Apabila sampai bukan musim petik buah, menangis tepi katil jawabnya. Saya bukan mahu cakap ini tipu. Tidak, kerja petik buah ini memang betul dan seluruh dunia tahu tentang kerja ini. Cuma kena lebih berhati-hati. Itu sahaja.

7. Au pair

Menganga kan apabila saya sebut perkataan ini. Bunyi macam glamour. Sebutannya ‘ou-pair’, bahasa Perancis. Nama glamour di Malaysia adalah pembantu rumah bukan tempatan.

Bibik, amah adalah sebutan lain. Au pair membuat kerja rumah, jaga anak dan sepertinya. Kita pun sudah maklum kerja apa. Kalau anda tidak suka budak, janganlah minta.

8. Tukang urut

Dulu saya tidak pernah terfikir tukang urut laku serata dunia. Sampai seorang bekas pelajar saya hubungi menyatakan hasrat untuk mengambil kursus itu di UK, dan mahu membuka cawangan pusat urut ahli sukan. Baru saya faham bahawa mereka ini ada kemahiran yang diiktiraf dan boleh diterima di banyak negara.

9. Jurulatih yoga, zumba atau aerobik

Di Malaysia pun aktiviti ini sangat popular. Kalau anda ada pengalaman, ini sangat membantu. Atau kalau anda boleh dapat sijil jadi instructor lagilah laku. Pengamal aktiviti ini berada di seluruh dunia. Dari barat sampai ke timur. Peluang anda untuk melihat banyak tempat sangat tinggi.

10. Chef dan tukang masak

Negara mana yang tidak makan ya tak? Permintaan sangat tinggi dimana-mana. Kalau anda ada pengalaman memasak pelbagai juadah dari pelbagai negara, lagilah tinggi peluang anda. Cuba sahaja. Restoran atau hotel. Selalunya ini kerja yang berbayar.

11. Pemandu pelancong

Ini kerja yang saya pernah buat dulu. Sambil-sambil bawa orang, saya tengok peluang untuk diri sendiri. Tapi tentunya, membawa orang ini pun mesti ada pengalaman.

Ada kawan yang minta peluang untuk menjadi tour guide di Eropah, tapi dia sendiri belum pernah sampai ke sini. Tidak sampai hati saya mahu membahayakan pelanggan dengan memberikan kerja kepada orang yang tidak punya pengalaman.

12. Street performer atau ahli musik

Dari anda petik gitar di kedai kopi, cuba anda bawa bakat itu di tepi jalanan. Di Eropah, bakat dan seni sangat dihargai dan pemuzik terkenal pun memulakan kerjaya dari tepi jalan sahaja. Mereka bermain musik, letakkan sahaja tabung di depan.

13. Pendandan rambut atau make-up artist

Saya beberapa kali berjumpa dengan orang yang pernah terlibat dengan bidang ini dan bertanya peluang di luar negara. Bagi saya ini kerja yang sangat teliti dan memerlukan kemahiran yang tinggi.

14. Model

Anda jangan ketawa. Di luar sana, model itu bukan hanya orang cantik dan slim sahaja. Orang hitam, gemuk dan pendek pun ada yang jadi model.

Saya pernah baca di internet, bayi Down Syndrom pun terpilih untuk jadi model pakai Osh Kosh B’Gosh. Jangan main-main. Untuk rekod, orang tua berumur 80 tahun pun layak. Model pelbagai bangsa. Bukan hanya untuk orang putih sahaja.

15. Jurugambar atau video kembara

Ambil gambar pemandangan dan jual di internet. Tapi kemahiran pun mesti ada. Kemudian apabila anda mengembara, offer kepada mana-mana syarikat yang mahu produknya diambil gambar di luar negara. Sambil menyelam, minum air.

16. Personal shopper

Saya suka bawa mak jenah shopping di UK. Berbondong barang orang kirim. Beranak cucu beg dia apabila nak balik Malaysia.

Itu senarai yang saya kongsi. Anda hanya akan dapat real feeling kalau anda terlibat secara aktif dengan sekeliling. Anda kena cuba bercakap, berinteraksi dan memahami bagaimana orang lokal berfikir.

Berhenti berangan. Mulakan dengan apa ada di tangan. Dan keluarlah wahai anak. Sampai bila mahu melingkar bawah ketiak emak. Lemas tau.

Carilah peluang di luar sana, rezeki Tuhan tebar luas merata-rata. Follow cerita kembara Irwan Dahnil jika anda juga minat kehidupan di luar negara.

Artikel di atas disumbangkan oleh Irwan Dahnil. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka