Berhadapan dengan pelbagai masalah dalam pekerjaan adalah perkara biasa, itu adalah lumrah sebuah pekerjaan kerana tekanan yang baik akan membentuk corak kerja yang lebih produktif. Membandingkan pekerjaan anda dengan orang lain adalah sesuatu yang tidak wajar kerana setiap individu mimiliki batas keupayaan dan kelebihan yang tersendiri.

Sehubungan itu untuk tahun 2017 ini, mari kita lihat jenis pekerjaan bagaimanakah yang dikatakan paling memberi tekanan. Buat pengetahuan anda, pada setiap tahun CareerCast akan mengeluarkan senarai pekerjaan dengan tingkatan tekanan paling tinggi.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Aspek ini diukur berdasarkan beberapa faktor seperti, jumlah tenaga yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan, pengangkutan yang diperlukan, kekuatan fizikal dan mental, dan risiko kematian. Semakin banyak faktor stress yang dimiliki, semakin tinggi risiko tekanan yang dihadapi oleh pelakunya.

Dan ini adalah senarai pekerjaan yang paling stress pada tahun 2017:

1. Tentera: Menurutnya, kerja ini melibat risiko yang tinggi terhadap keselamatan diri sendiri dan juga keselamatan orang lain, dan ianya melibatkan golongan profesional serta tanggungjawab.

2. Bomba: Seperti kakitangan ketenteraan yang lain, bomba terpaksa meletakan nyawa mereka dalam bahaya untuk menyelamatkan harta dan rakyat. Bukan sekadar penyelamat kucing.

Power sungguh bomba, memang ‘Abang Bomba I Love You’ lah.

3.  Juru Terbang: Kadar risiko kemalangan yang berlaku antara penerbangan dan memandu memang ketara, ini mungkin kerana kemalangan yang melibatkan penerbangan tidak sekerap yang berlaku dijalan raya. Tetapi juru terbang harus memastikan setiap nyawa yang dibawanya selamat, dan perlu lebih berhati-hati demi mengelakkan berlakunya becana yang lebih besar.

4. Pegawai Polis: Dalam senarai ini, polis diletakkan dalam kelompok yang sama seperti risiko yang dihadapi oleh Bomba. Dalam pertimbangan yang lain, ia juga meliputi tuntutan dan hal-hal yang lain.

5. Penyelaras Acara: Pesta acara seperti hiburan memang menyeronokkan, namun untuk yang bekerja dalam bidang ini bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan sahaja perlu memastikan setiap acara berjalan lancar, mereka juga berhadapan dengan kerenah manusia terutama selebriti.

6. Wartawan Akhbar: Tiada had waktu, dan tempat untuk mendapatkan berita dengan kadar terpantas. Ketepatan maklumat dan info yang disampaikan juga haruslah benar.

7. Eksekutif Korporat: Mengusahakan syarikat besar.

8. Eksekutif perhubungan awam: Sama seperti wartawan akhbar.

9. Pemandu Teksi: Berulang-alik memandung bukan sahaja memenatkan, malah pemandu teksi terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas dan juga cuaca buruk. Bukan sekadar itu sahaja, cabaran pesaing dari syarikat atas talian seperti Uber memberikan impak yang cukup besar.

10. Penyampai Berita: Sama seperti yang berada dalam bidang kewartawanan. Pekerjaan dalam bidang ini dikatakan mempunyai tekanan kerja paling tinggi. Tiada had masa dan selalu menerima tekanan dari orang awam.

Pekerjaan seperti penggoreng pisang, penjaga tol, dan perdana menteri masih lagi belum dikategorikan sebagai pekerjaan paling tertekan. Jika anda ingin mendalami salah satu daripada 10 karier di atas, maka persiapkanlah mental anda dari sekarang!

Anda Mungkin Suka