Bila mengenang kembali karya Allahyarham Mamat Khalid, selain Hantu Kak Limah karya Rock Oo! merupakan antara karya Mamat Khalid yang paling diingati oleh peminat setia pengarah tersebut.

Dalam satu temu bual pelakon Pekin Ibrahim di YouTube bersama channel Raksasa Manja, beliau mengimbau kembali wataknya dalam filem Rock Oo! di mana beliau memegang watak Wan Sulaiman Hj Tapah atau Slash.

Baca Juga:

Menurutnya, Allahyarham Mamat Khalid memang seorang pengarah yang random dan bijak kerana banyak perkara yang ditukarnya saat-saat akhir demi ‘menghidupkan’ lagi satu-satu watak itu.

Contohnya dalam filem Rock Oo! Sendiri, menurut Pekin wataknya pada mulanya mempunyai dialog dan beliau banyak bercakap tetapi di saat akhir, Mamat khalid hanya mahu beliau sebut ‘ok’ sahaja dalam setiap adegannya.

“Aku dekat set aku ok kan sahaja semua. Bila aku dah ok banyak sangat, tiba-tiba Mamat Khalid termenung dan dia panggil aku. Slash! Abang, abang, abang potong semua dialog kau. Dialog abang bagi kau jangan cakap.

“Yoe (Khir Rahman) cakap apa, kau ok kan sahaja. Tak payah dialog. Sebab kata dia, perkataan ‘Ok’ tu dah cukup kuat,” cerita Pekin. Dan daripada situ terciptanya adegan ikonik di bawah.

@raksasamanja680

Allahyarham Mamat Khalid potong semua dialog Slash lakonan Pekin Ibrahim #mamatkhalid #pekinibrahim #hantukaklimahbalikrumah #rockoo#slash

♬ ZOOM – Jessi

Tambah Pekin lagi, bekerja dengan Mamat Khalid memang sangat menyeronokkan kerana pelakon sendiri tidak boleh jangka apa yang bermain di kepalanya. Sebagai contoh, nama Pekin dalam filem Rock Oo! sepatutnya Sulaiman tetapi telah ditukar kepada Slash selepas Pekin mengenakan persalinan persis gitaris legenda Guns N’ Roses ketika di set.

“Ada satu malam sebelum kami mula shoot, kami kena pakai baju yang kami beli present ke dia. Bila dia tengok aku, dia macam fuh Slash! Jadi selepas tu dekat set dia panggil Slash saja. Dan terus melekat nama tu sampai ke dalam filem.

Ketika ditanya sama ada atau tidak pengarah yang dapat menggantikan kreativiti Mamat Khalid, Pekin berkata anak Mamat Khalid, Mohd. Khalid Amen mungkin boleh jadi pengganti di masa akan datang. “Amen ni 90% ada touch dia. Sebab muzik yang arwah dengar Amen dan dengar dari kecil. Amen ni ada originality dia. Amen ada ‘benda’ dia,” kata Pekin.

Mendengar perkongsian Pekin ini, ternyata Allahyarham Mamat Khalid sememangnya insan dan pengarah yang penuh visi, kreatif dan sukar untuk diganti. Temu bual penuh boleh ditonton di sini.