Nampaknya mengurus bisnes dengan nilai bilion bukanlah indah-indah belaka meskipun anda merupakan pemegang saham terbesar. Perkara yang sama terjadi pada Mark Zuckerberg pada hari ini apabila beliau selaku pemegang saham terbesar Facebook terpaksa menanggung kerugian selepas syarikat ini rugi $146 bilion (RM593.49 bilion) pada hari ini.

Kejatuhan sebanyak 20% ini turut memberi kesan yang besar buat Mark Zuckerberg dimana beliau turut rugi sebanyak $16 bilion di dalam satu hari. Tidak cukup dengan kerugian yang ditanggung, beliau turut didesak oleh para pelabur Trillium Asset Management yang mempunyai saham Facebook sebanyak $11 juta (RM44.71 juta).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

mark

Difahamkan penurunan mendadak ini berikutan pengumuman laporan kewangan Facebook bagi suku tahun kedua. Kegagalan untuk meningkatkan jumlah kewangan melalui bisnes yang dijalankan turut menjadi punca. Terakhir masalah melibatkan Cambridge Analytica sehingga kini masih lagi menghantui Facebook sekaligus menurunkan saham Facebook.

Kes yang berlaku ini pastinya akan berlanjutan buat Mark Zuckerberg dimana beliau sebagai pengurus serta pemegang saham terbesar perlu bertanggungjawab dalam menstabilkan semula syarikat miliknya sebelum diundi oleh para pelabur serta lembaga pengarah untuk dipecat.