Nusr-Et yang terkenal dengan panggilan Salt Bae kerana keunikan beliau menabur garam di tengah kehangatan daging yang baru dipanggang. Tetapi, khabarnya keunikannya sedikit demi sedikit bakal hilang.

Terbaharu, Nusr-Et sedang mempertimbangkan untuk menjual saham pernigaannya, lapor Bloomberg.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

Nusr-Et yang terkenal sebagai tempat berkunjung beberapa bintang dunia dimiliki oleh usahawan Turki, Ferit Sahenk dan dibantu oleh Gökçe dan Mithat Erdem.

Bloomberg melaporkan bahawa mereka sedang berusaha untuk menjual saham syarikat kepada individu atau sekumpulan pelabur yang berminat untuk membeli.

Tetapi, apa yang lebih ‘salty’ di sini adalah perusahaan Nusr-Et dikhabarkan bernilai $1 bilion atau lebih.

cgaiyc1reictrflni6kp

The Times

Untuk menguatkan lagi hujah di atas, Bloomberg melaporkan bahawa Nusr-Et mempunyai pendapat keseluruhan sebanyak $70 juta untuk tahun ini – selepas di tolak segala hutang, cukai, susut nilai dan faedah.

Gökçe membuka Nusr-Et di Istanbul pada tahun 2010. Restoran ini mendapat populariti pada tahun 2017 selepas Gökçe memperkenalkan satu gaya yang unik semasa menghidangkan makanan kepada pelanggan.

Sejak Gökçe mendapat populariti di sosial media tahun lalu, Nusr-Et telah memperluaskan rangkain restorannya di Miami, Manhattan, Mykonos, Dubai, Abu Dhabi dan Doha.

Gökçe dan Erdem memiliki saham gabungan sebanyak 49% di dalam Nusr-Et manakala selebihnya dimiliki oleh D.ream Group atau Hiburan & Pengurusan Restoran Dogus milik Sahenk.

Dikhabarkan Dogus ‘sakit’ untuk membayar hutang pertukaran wang asing selepas mata wang lira susut nilai. Kumpulan itu cuba menyusun kembali operasi mereka tetapi hutang yang tinggi – $2.5 bilion hutang pada bulan Disember – memaksa mereka menjual saham-saham yang lain dan sebahagiannya memasuki rundingan perjanjian baharu.

Berikut adalah sisi lain Nusr-Et untuk anda kenali. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kenali Nusret Gökçe, Lelaki Kacak Di Sebalik Taburan Garam Penuh Bergaya Ini

Anda Mungkin Suka