Kecoh baru-baru ini apabila dikhabarkan KWSP bersedia untuk melabur lebih banyak wang di dalam pasaran luar negara. Pelbagai komen yang dilemparkan oleh para netizen baik dari sudut politik mahupun bisnes. Ada yang benar dan ada yang sekadar telahan yang tidak tahu dari mana sumbernya.

Buat mereka yang cukup faham mengenai saham atau bagaimana pelaburan berfungsi, berita ini mungkin tidak mengejutkan anda namun tidak dinafikan tajuk-tajuk yang terpapar di media sosial mungkin sedikit sebanyak membuatkan netizen panik.

Untuk pengetahuan anda pelaburan KWSP di luar negara ini bukanlah sesuatu yang baru. Malah KWSP telah mula melabur di luar negara sejak sekian lama namun pada ketika ini mereka memilih untuk melabur dalam jumlah yang lebih banyak.

Mungkin ada daripada ada tertanya-tanya mengapakah pelaburan luar negara dengan kadar yang tinggi menjadi pilihan KWSP pada kali ini. Berikut merupakan tiga sebab mengapa KWSP memilih untuk berbuat demikian.

1. Harga minyak

Pelaburan Lain KWSP
Sumber: Stocks2u

Salah satu faktor yang membuatkan KWSP melabur di negara luar adalah disebabkan harga minyak global yang rendah yang berlarutan sejak beberapa tahun lepas. Sama ada disebabkan faktor ekonomi mahupun politik, harga minyak yang rendah turut membuatkan menjejaskan pasaran saham negara kita.

Bagi mendapatkan pulangan yang tinggi khusus buat para pencarum, memilih untuk melabur di negara luar untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi antara perkara yang tidak dapat dielakkan.

2. Meningkatkan Gross National Income (GNI)

https://www.youtube.com/watch?v=fe4-8kC7GQ8

Pelaburan diluar negara secara tidak langsung turut berjaya meningkatkan gross national income Malaysia. Apakah yang dimaksudkan dengan gross national income? GNI merujuk kepada jumlah pendapatan kasar domestik (GDP) serta untung bersih yang diterima daripada negara luar. Dari sudut ekonomi, lebih tinggi GNI turut menarik minat para pelabur untuk melabur di dalam sesebuah negara.

3. Pulangan yang lebih tinggi

AAEAAQAAAAAAAAnoAAAAJDQxMTE3YzU5LWE4ZjQtNGVkZi05MTc2LTg3NWExMjkwOTY2Mg

Setiap daripada pencarum KWSP mahukan pulangan yang tinggi setiap tahun. Begitu juga mereka yang bertanggungjawab menguruskan dana KWSP dalam memberikan yang terbaik buat majoriti rakyat Malaysia. Sekiranya pelaburan yang dibuat di syarikat luar berjaya memberi pulangan tidak, mengapa langkah ini perlu dihalang?

Untuk pengetahuan anda, syarikat-syarikat seperti Apple, Google dan Coca-Cola antara yang dilaburkan. Melihat kepada ketiga-tiga nama syarikat gergasi ini, mungkin sedikit sebanyak bakal memberi bayangan buat kita semua bagaimana syarikat ini berjaya berkembang setiap tahun sekaligus menguntungkan KWSP serta para pelabur.

Mengapa KWSP tidak memilih melabur dalam negara sendiri?

Persoalan yang kerap kali timbul apabila kami melihat komen-komen daripada para netizen apabila membincangkan langkah yang dibuat KWSP. Sebenarnya, KWSP turut melabur dalam syarikat yang berpotensi tinggi dalam negara. Malah terdapat syarikat berprofil tinggi dimana KWSP berjaya menjadi pemegang terbesar.

Berikut merupakan senarai 30 pegangan ekuiti tertinggi KWSP daripada terbitan saham setakat 30 Jun 2017.

Screen_Shot_2017-09-19_at_11_38_16_AM

Memandangkan sektor infrastruktur, telekomunikasi serta hartanah antara yang berjaya menunjukkan angka positif setiap tahun, syarikat-syarikat ini berjaya menarik minat KWSP bagi mendapatkan pulangan yang baik.

Jika bukan KWSP, apa lagi pilihan yang ada

unit-trusts

Untuk pengetahuan anda memilih untuk tidak melabur di dalam KWSP juga suatu pilihan. Sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang merasakan pulangan yang diberikan KWSP terlalu rendah dan sebagainya, anda masih berpeluang untuk melabur dalam beberapa instrumen lain yang tersedia.

Pelaburan melalui unit trust antara yang dibolehkan melalui caruman daripada akaun 1 KWSP. Pelaburan melalui unit trust ini juga mungkin membolehkan anda untung dengan lebih banyak atau sebaliknya.

Adakah berbaloi? Sekiranya anda mahir dan faham dengan instrumen yang ingin dilaburkan, kami cadangkan anda teruskan namun sekiranya risiko yang rendah namun menguntungkan antara yang menjadi keutamaan, memilih untuk mencarum di KWSP antara yang kami cadangkan.