Purata harga set Lego menunjukkan peningkatan harga sebanyak 12 peratus setiap tahun, prestasi lebih baik daripada pelaburan-pelaburan mainstream yang lain.

Anda mungkin memandangnya hanya sebagai permainan kanak-kanak yang mahal, tetapi dalam diam-diam ia telah memberi pulangan yang baik kepada 'pelabur'. Pelabur Lego mendapat pulangan yang baik, melebihi pulangan saham, emas atau akaun bank sejak 15 tahun lalu, kata seorang penganalisis dari surat khabar Telegraph.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nilai FTSE 100 tidak banyak berbeza berbanding nilainya pada Februari 2000, dengan hanya dividen sebanyak 4.1 peratus setiap tahun.

lego02
Set ekslusif Lego modular. (Eurobricks)

Sebaliknya, set Lego yang masih belum dibuka dan disimpan dengan baik mengalami peningkatan harga sebanyak 12% sejak 15 tahun lalu. Untuk set terpakai pula, set-set tertentu menunjukkan peningkatan harga sebaik sahaja pengeluaran set yang sama ditamatkan oleh Lego. Set-set moden menunjukkan prestasi lebih bagus, dengan set yang baru dijual tahun lepas sudah dijual semula di eBay pada harga 36% lebih tinggi daripada harga asal.

Analisis Telegraph menunjukkan, tiada satu pun prestasi pelaburan mainstream dapat menyamai prestasi batu bata plastik ini.

Pelaburan emas menunjukkan peningkatan harga sebanyak 9.6% setiap tahun sejak 15 tahun lalu, manakala mereka yang menyimpan di akaun simpanan mendapat pulangan sebanyak 2.8%, mengikut laporan syarikat pelaburan Hargreaves Lansdown.

Harga Asal VS Harga di Pasaran Kedua

Sesetengah set Lego yang pernah dijual pada harga kurang daripada £100 (RM636) kini mencapai ribuan pound dalam pasaran kedua.

Majoriti daripada set-set termahal adalah set-set lama dengan tema filem seperti Star Wars dan mercu tanda atau jenama terkenal seperti Taj Mahal di India atau Volkswagen Beetle. Menurut data daripada BrickPicker.com, set dengan tema harian seperti stesyen polis dan bandar juga menunjukkan peningkatan harga yang banyak.

cafe-corner
Set Lego Cafe Corner. (Bricklink)

Peningkatan harga terbesar adalah set "Cafe Corner", iaitu model hotel yang dijual pada 2007. Set ini asalnya dijual pada harga £89.99 (RM572.14), telah diberhentikan pengeluaran (retired), kini mencapai harga £2,096 (RM13,326)- memberi pulangan sebanyak 2,230 peratus kepada 'pelabur'.

Ed Maciorowski, pengasas BrickPicker.com berkata harga tinggi ini hanya dapat dicapai sekiranya set Lego itu masih di dalam kotak, belum dibuka, dalam keadaan sempurna. Harga set terpakai tidak sebegitu tinggi, tetapi ia masih boleh mencapai harga ratusan pound lebih mahal berbanding harga asalnya.

"Menariknya semua set ini akan diberhentikan pengeluaran akhirnya, dan beberapa ratus akan diberhentikan setiap tahun apabila filem telah berakhir, lesen tamat tempoh atau syarikat Lego mahu memperbaharui koleksi mereka," katanya.

"Ini bermakna sesiapa yang mempunyai set Lego di rumah – kecil atau besar – mungkin memiliki 'aset' di dalam tangan, sekiranya ia masih elok, kerana permainan ini naik harga dengan sangat baik."

Kebanyakan Lego yang bukan dibeli terus dari syarikat Lego, dijual beli di eBay. BrickPicker membayar eBay untuk data jualan dan menyimpan data-data tersebut di pengkalan data mereka sendiri. Hasil daripadanya, mereka dapat mengenal pasti harga semasa dan menyaksikan pertumbuhan harga set-set Lego.

Maciorowski berkata, permintaan daripada puluhan ribu peminat Lego serata dunia menyaksikan harga set yang rare semakin menaik.

Beliau berkata peningkatan harga akan terus berlaku. "Pelaburan Lego tidak mencapai status bubble," katanya. "Ini adalah kerana syarikat Lego tidak menyokong pasaran kedua, mereka mahu menjualnya terus kepada pelanggan."

Peningkatan harga akan terganggu apabila Lego memulakan semula pengeluaran set-set yang telah mereka berhentikan sebelum itu. Selalunya kesannya hanya sementara kerana 'pelabur' akan menyambar stok baru dengan segera, kata Maciorowski.

Tema set Lego yang paling popular ialah Star Wars, dengan 10 daripada 20 set paling mahal terdiri daripada set-set Star Wars.

mf
Set Lego Millennium Falcon (Lego.com)

Ultimate Collector's Millennium Falcon (Star Wars) adalah set paling mahal. Ia asalnya dijual pada harga £342.49 (RM2177.49) pada 2007 dan mencapai harga £2,712 (RM17,242) pada hari ini.

death-star
Evan dari EvanTube bersama-sama dengan set Lego Death Star II.

Model yang lebih awal, Death Star II dan Imperial Star Destroyer yang dikeluarkan pada 2005 dan 2002, mencecah harga melebihi £1,000 (RM6360).

Maciorowski berkata filem Star Wars terbaru Episode VII – The Force Awakens akan meningkatkan lagi permintaan set-set Star Wars di pasaran kedua.

"Permintaan akan berada di luar kawalan," katanya. "Kadangkala apabila episod terbaru filem keluar ke pasaran, minat akan meningkat: filem Fantastic Beast, contohnya, menunjukkan peningkatan permintaan terhadap set Lego Harry Potter yang retired.

Laith Khalaf, penganalisa di Hargreaves Lansdown berkata: "Pulangan daripada Lego nampak awesome, tetapi pelabur harus berhati-hati kerana nilai koleksi berubah mengikut trend.

"Tiada salahnya membeli beberapa kotak Lego sebagai hobi, dan buat sedikit duit daripadanya, tetapi untuk membina dana persaraan, adalah lebih baik membeli instrumen yang lebih tradisional seperti saham dan bon."

7 Tip Pelaburan Lego Daripada Profesional

Ed Maciorowski dari BrickPicker.com berkata:

lego1
Binaan Lego di Legoland Nusajaya. (Brick-star.com)
  1. Kalau anda berminat kepada satu-satu set Lego, beli satu untuk dibina dan beli satu sebagai simpanan. Lego terpakai pun ada kemungkinan naik harga melebihi harga asal. Anda boleh buat untung besar dengan menyimpan beberapa set besar yang eksklusif untuk dijual pada beberapa tahun akan datang.

  2. Set Lego edisi terhad dan bermusim mempunyai banyak permintaan di pasaran kedua. Set yang dikeluarkan dalam tempoh singkat juga naik harga dengan banyak. Semakin rare, semakin bagus peningkatan harga.

  3. Labur dalam set Lego yang dikeluarkan selepas tahun 1999. Set Lego sebelum tahun 2000 tidak banyak peningkatan harga. Kebanyakan set pada masa itu sangat basic dan membosankan. Terdapat beberapa koleksi vintaj yang menarik, tetapi dengan pergerakan harga yang mendatar dan kebanyakannya berada dalam keadaan yang menyedihkan.

  4. Simpan kotak, blok dan buku panduan dalam keadaan baik. Simpan kesemua komponen set Lego. Simpan di dalam tempat yang kering dan gelap. Kondisi yang baik, memastikan harga lebih baik apabila dijual pada masa hadapan.

  5. Susun kotak Lego secara menegak seperti buku. Susunan melintang menyebabkan kotak penyek dan pita pelekat tercabut.

  6. Saiz tak penting. Harga set kecil dan besar kedua-duanya meningkat naik dengan baik, apabila dikira secara peratus.

  7. Mini figure Lego juga meningkat harga dengan sangat banyak.

Set Lego Paling Mahal

lego-termahal
Senarai Lego Paling mahal

Peningkatan Harga Paling Banyak

lego-termahal2
Senarai Lego Paling mahal

Lego Di Malaysia

Kenaikan harga Lego di Malaysia mungkin tidak terlalu ekstrim seperti yang berlaku di Amerika Syarikat mahupun United Kingdom.

Tetapi kenaikan harga set Lego melebihi 100% adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Dengan syarat, Lego yang anda beli itu masih dalam keadaan Mint In Sealed Box (MISB) – iaitu kotak belum dibuka, lengkap, dan dalam keadaan baik.

Sebagai contoh adalah dua kes di bawah:

Queen Anne's Revenge dari siri Pirates of The Caribbean

QAR
Set Lego Queen Anne's Revenge.

Set ini dibeli pada 2011 dengan harga RM549.90, dan dijual semula pada 2015 dengan harga RM1700. Kenaikan melebihi 200% selama 4 tahun.

Haunted House

Haunted-House
Set Lego Haunted House.

Set ini dibeli pada 2013 dengan harga RM899.90, dan dijual semula pada 2015 dengan harga RM1900. Kenaikan melebihi 100% selama 2 tahun.

Akan tetapi anda perlu berhati-hati memilih set Lego, kerana tidak semua set menunjukkan prestasi yang sama.

Lego Minifigure

Kalau anda mahu alternatif memulakan 'pelaburan' Lego pada harga lebih murah, anda boleh mulakannya dengan membeli siri minifigure.

Lego minifigure, atau biasanya dipanggil 'minifig' adalah figura kecil yang diperbuat daripada plastik, kebanyakannya berwarna kuning.

Dalam koleksi istimewa minifigure, terdapat 16 figura dijual untuk setiap set.

lego-minifigures
Lego minifigure. (Lego.com)

Sehingga hari ini 17 set minifigure telah/pernah berada di pasaran dengan 3 daripadanya adalah siri istimewa iaitu The Lego Movie Series, The Simpsons Series, dan The Simpsons Series 2.

Berbeza dengan set, minifigure masih mengalami peningkatan harga dengan segera, walaupun ianya telah dibuka.

Walau bagaimanapun, kenaikan harga berbeza dari satu minifig kepada minifig yang lain, bergantung kepada permintaan, dan betapa rare minifig berkenaan.


Dengan bilangan peminat Lego yang bertambah di Malaysia setiap hari, Lego mempunyai masa hadapan yang cerah di negara ini.

Layari Group FB Lego seperti Brickfan of Malaysia dan Lego Crazy Malaysia untuk maklumat lanjut.

TONTON: ‘Beyond The Brick’ Sebuah Trailer Dokumentari LEGO

BACA: 12 Kegunaan LEGO Yang Mungkin Tidak Pernah Kita Bayangkan. #10 Paling Disukai Ibu

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber