Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Buli bukan hanya terjadi dalam peringkat sekolah menengah tertapi juga kepada kanak-kanak seawal sekolah rendah seperti yang dialami oleh Iman Hasya yang baharu sahaja berusia 8 tahun. Umar Wafi Zulkafri,12, dan adiknya kini bersekolah di Sekolah Rendah Islam Hira’ Klang.

Tidak tahan melihat adiknya menjadi mangsa buli, Umar Wafi Zulkafri bersama dua lagi rakannya Muhammad Irfan Nazrin Mohd Nizaar dan Muhd Waseem Zainol masing-masing baru sahaja berusia 12 tahun mencipta alat penggera yang membenarkan guru bergegas ke tempat kejadian dan mengambil tindakan yang sepatutnya.

CIPTA_SISTEM_NOTIFIKASI_good_ANTI_BULI_1547184940

Sumber: NST

Alat penggera tersebut mempunyai 2 butang kini dipasang di 2 kelas terpilih dan berhampiran tandas. Kedua-dua butang mempunyai fungi berbeza berdasarkan jenis buli yang dilakukan, butang pertama untuk kategori buli secara lisan dan butang kedua untuk buli secara fizikal.

Sebaik sahaja butang tersebut ditekan, lokasi penggera yang ditekan dan jenis buli yang dilakukan akan dihantar terus ke bilik guru dan telefon bimbit guru. Setakat ini hanya penggera di tandas staf lelaki yang boleh menerima penggera tersebut kerana kekurangan dana.

Wafi berkata seterusnya dirinya akan berusaha untuk menambah baik operasi CCTV untuk gambar yang lebih jelas. Usaha 4 kanak-kanak ini melayakkan mereka memperoleh Gold Award dan Best Performance Award di Smart Selangor Young Innovator for Primary School.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Anda Mungkin Suka