Orang luar datang sini mencari kekayaan di bumi Malaysia. Itu adalah hakikat yang pasti dicemburui rakyat Malaysia sendiri. Malah, pasti ada di antara kita hairan bagaimana mereka buat duit di sini.

Dengan status pelajar, 3 orang pemuda berusia 20-an telah berjaya memperolehi RM126,000 sebulan selepas menawarkan servis kereta sewa di Cyberjaya.

Mereka dari Pakistan, Nepal dan Bangladesh telah ditangkap oleh Jabatan Pengangkutan Jalan di dalam satu operasi khas. Mereka dipercayai telah berniaga tanpa permit dan dokumen sah sejak 6 bulan yang lalu dengan menggunakan 30 buah kereta milik rakyat tempatan.

Sasaran pelanggan mereka hanyalah pelajar universiti terutama dari luar negara yang belajar di sekitar Cyberjaya. Dan pihak JPJ percaya ada ramai orang terlibat dengan aktiviti bisnes tersebut.

Susulan penangkapan tersebut, pihak JPJ sedang menjejaki pemilik tiga buah kereta yang telah dirampas. Manakala, 3 orang pelajar itu disiasat di bawah Seksyen 23 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana mereka boleh dipenjarakan sehingga 2 tahun atau didenda tidak kurang dari RM1,000 dan tidak lebih dari RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber