Minggu lalu, calon-calon UPSR sudah pun menerima keputusan masing-masing. Kepada yang cemerlang, tahniah dan buat yang tidak berjaya mencapai sasaran mereka, jangan risau, masih berpeluang membuktikannya dalam peperiksaan penting akan datang.

Baru-baru ini tular di media sosial kisah seorang murid darjah 6 menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 daripada ibu bapanya di atas kejayaannya memperolehi keputusan 5A 1B dalam UPSR yang baru dikeluar tempoh hari.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

Kisah murid cemerlang bernama Muhammad Danish Haziq ini mendapat perhatian ramai netizen selepas dikongsikan oleh seorang pemilik perniagaan gubahan bunga, Una Rushana.

Sapa dapat Rm10k ni?Semua jawapan salah semalamūü§£. Jawapan sebenaqnya Pelajar Cemerlang 5A yang dapat duit cash Rm10…

Posted by Una Rushana on Friday, 22 November 2019

Menurut satu laporan dari Harian Metro, pasangan suami isteri iaitu Nor Ashikin Ahmad Pauzai, 33 dan Ihsan Fahmi Ishak, 43, menghadiahkan jambangan wang kepada anaknya sebagai hadiah kerana usaha anak itu yang belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

Pasangan suami isteri tersebut mempunyai perniagaan sendiri iaitu mengusahakan sebuah kafe yang terletak di Alor Setar, Kedah.

Menurut ibu murid tersebut, sebelum ini Muhammad Danish meminta hadiah iPhone model terbaru namun dia dan suaminya risau anaknya itu lalai jadi dia berjanji untuk berikan sejumlah wang ini.

Rata-rata netizen kagum melihat hadiah yang diberikan kepada pelajar tersebut serta mengucap tahniah di atas kejayaan yang diperolehinya.

Terdahulu, tular gambar pelajar baca keputusan UPSR di hadapan pusara ibunya yang membuatkan netizen sebak. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Tular Gambar Pelajar Ini Baca Keputusan UPSR Depan Pusara Ibu Buat Netizen Sebak

Keputusan UPSR Teruk Tapi Akhirnya Ini Yang Telah Saya Capai

Keputusan UPSR Hari Ini, 10 Persediaan Mental Untuk Ibu Bapa

Anda Mungkin Suka