Tidak semua orang mempunyai kesempatan untuk meraikan hari-hari bahagia bersama keluarga yang lengkap, lebih-lebih lagi kehadiran ibu dan bapa yang sangat bermakna dalam hidup kita. Seorang pelajar dari Filipina baru-baru ini berkongsi kisahnya di Twitter yang berjaya membuat ramai orang turut merasa sebak.

Pelajar yang dikenali sebagai Paulo John Alinsog berusia 20 tahun ini berkongsi Tweet beliau meraikan hari graduasinya sebagai seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Lyceum of the Philippines University. Lebih mengharukan, beliau membawa sebuah gambar berukuran sebenar mendiang ibunya ke majlis tersebut untuk ‘menyaksikan’ hari bahagia tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/paudaexplorer/status/1151022360192925697

Tweet yang kini sudah mendapat hampir 5,000 retweet dan lebih 48,000 likes menerima beribu-ribu ucapan tahniah daripada orang ramai. Menurut informasi, ibu kepada Paulo meninggal dunia pada tahun 2016 lalu akibat pneumonia. Paulo sempat meminta syarikat percetakan supaya menyiapkan gambar tersebut mengikut ketinggian sebenar mendiang ibunya dan membayar kira-kira RM120 untuk gambar tersebut.

Baginya, kehadiran ibunya pada hari itu adalah sangat bermakna memandangkan ibunya banyak berkorban untuknya lebih-lebih lagi dari segi kewangan untuk memastikan Paulo mendapatkan pendidikan yang sepatutnya.

Sumber