Sudah menjadi kebiasaan apabila tamat persekolahan terutama sekali pelajar yang berjaya tamatkan peperiksaan bagi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) akan meraikan kejayaan mereka dengan menconteng uniform sekolah sebagai tanda ingatan bersama rakan-rakan.

Akan tetapi, sekeping gambar tular di media sosial mengundang kemarahan netizen dimana dua pelajar dipercayai calon SPM di sekolah di Kota Bharu telah menconteng uniform sekolah luah kata kesat terhadap guru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tindakan tersebut dianggap biadab kerana seharusnya mereka menghormati insan yang memberikan ilmu bukannya melemparkan kata-kata kesat seperti itu. Selepas tular, pelajar tersebut mengakui kesilapan dan telah memohon maaf atas tindakan yang mereka lakukan.

Kini, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan Superintendan, Mohd Zamri Mohd Rowi berkata bahawa dua pelajar tersebut telah berjaya dikenal pasti dan saman di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 turut telah dikeluarkan.

Difahamkan, antara saman yang telah dikeluarkan adalah tidak mempunyai lesen memandu, kesalahan nombor pendaftaran dan motosikal tidak dilindungi insurans.

Malah, dua pelajar tersebut dan pemilik motosikal itu telah dikenakan tindakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas kesalahan tidak memakai topi keledar sebelum ini. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Terbuka Hati Sertai Tabligh, MK K-Clique Tanggal Rantai Dan Gelang Emas

Tuah Menang RM1 Juta, Jutawan Muda Jadi Buruan ‘Keluarga’ Di Facebook

Sumber