Sebut mengenai game Pokémon pasti ramai yang mempunyai memori zaman kecil bermain game yang popular ini. Sama ada bermain di Nintendo Game Boy mahupun di desktop, tidak dinafikan game ini berjaya membuatkan ramai kanak-kanak ‘ketagih’ untuk bermain secara kerap.

Disaat ramai yang sudah meninggalkan zaman bermain game Pokémon, seorang peminat Pokémon dari Malaysia yang dikenali sebagai Mokessh Kannah berjaya membuatkan orang ramai kagum diatas hasil usahanya mengubah suai game Pokémon kepada versi ‘Malaysia’.

Berdasarkan game yang diubah suai, beliau telah menggantikan peta asal game ini kepada peta Malaysia dimana anda sebagai Pokémon trainer mampu menjejak dari Kedah sehingga ke Sabah dalam usaha untuk menjadi Pokémon master.

Pokemon-Malaysia-game-2
Sumber: mygameon

Kawasan-kawasan popular seperti Tasik Chini dan Rompin antara yang tersedia di dalam game hasil peminat berusia 22 tahun ini. Bagi menjadikan game ini lebih menarik, beliau telah menggabungkan Pokémon yang tersedia sejak generasi pertama sehingga ke generasi kelima.

Mengulas mengenai bagaimana beliau berjaya menjayakannya, beliau telah memulakannya dengan membeli perisian RPG Maker XP di Steam serta Pokémon Essentials. Beliau turut menjadikan YouTube sebagai rujukan untuk beliau menyiapkan projek yang menarik perhatian Nintendo ini.

pokemon3-1024x576_fnk5
Bagaimana beliau menghasilkan peta Malaysia dalam Pokémon

Malangnya, berikutan undang-undang ketat yang diletakkan Nintendo, game yang diubah suai beliau tidak dapat dikongsikan kepada secara umum dan meluas.

Walau bagaimanapun, beliau masih lagi menawarkannya buat mereka mahukannya secara terus. Tahniah diucapkan buat Mokessh! Mungkin ramai yang meminati game ini namun tidak ramai yang mampu menghasilkannya. Kami akan berkongsi dengan lebih lanjut sekiranya terdapat video perkongsian daripada Mokessh mengenai game hasil ubah suainya.

Sumber