Ketika ini, peluang pekerjaan terhad dan menyukarkan para graduan untuk mendapatkan pekerjaan yang diidamkan. Tidak duduk diam, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mulakan perniagaan sendiri untuk menampung kehidupan selepas tamat belajar.

Dikenali sebagai Arliya Munif telah mengeluarkan modal sebanyak RM1,500 membuka sebuah kedai perabot terpakai di Jeniang, Kedah. Siapa sangka, jualan dari kedainya itu mampu meraih sehingga RM 100,000 sebulan.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

744748

Menerusi laporan Sinar Harian, kedai perabot terpakai yang diusahakan Arliya yang masih berumur 21 tahun ini telah diusahakan sejak tahun 2017 dan dikenali sebagai Perabot Berkualiti Kedah. Kedai perabot itu juga menjadi tumpuan penduduk setempat kerana menawarkan perabot dengan harga mampu milik.

Pada mulanya beliau tidak sangka sambutan akan menggalakkan seperti ini dan idea untuk menjual perabot terpakai ini tercetus apabila melihat perabot-perabot lama yang dibuang begitu sahaja sedangkan perabot tersebut masih elok dan hanya mengalami kerosakan kecil.

744749

Difahamkan, Arliya mengambil stok dari Singapura dan perabot dari sana mendapat permintaan yang tinggi kerana keunikan dan cara pembuatan perabot itu. Kini, Arliya telah berjaya membuka cawangan keduanya di Taman Lembah Bujang Saujana, Merbok.

Jika berusaha pasti akan berjaya. Tahniah diucapkan kepada Arliya. Buat anda yang berada di Kedah dan ingin beli perabot, bolehlah singgah ke kedai perabot miliknya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa kisah yang mungkin boleh beri inspirasi buat anda. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Hanya Jual Ayam Goreng RM1, Peniaga Ini Raih Pendapatan RM15,000 Sebulan

Bermula Dari Belakang Rumah Hingga Miliki 3 Buah Kilang, Lelaki Ini Kongsi Suka Duka Bina Empayar SugarBomb

Daripada Pendapatan Enam Angka Kepada ‘Rider’ FoodPanda, Lelaki Ini Terpaksa Tukar Kerjaya Untuk Teruskan Hidup

Anda Mungkin Suka