Menabung atau menyimpan duit mengikut warna sememangnya menjanjikan kepuasan dan menandakan pencapaian peribadi, lebih-lebih lagi setelah melihat hasil akhirnya. Caranya mudah sahaja dan memerlukan komitmen daripada individu itu sendiri. Sesetengah orang akan mengumpul wang kertas RM5 sahaja atau RM20 sahaja bergantung kepada jumlah yang mahu dikumpul.

Berdasarkan perkongsian seorang pelajar UiTM Jengka yang dikenali sebagai @izzatiefarhana_ melalui sebuah tweet, beliau berjaya mengumpul sebanyak RM615 dalam tempoh 3 bulan. Izzatie mula mengumpul not RM5 sepanjang pengajian 1 semesternya bermula bulan Mac hingga Jun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tweet yang bertarikh 4 Julai lalu, kini telah menerima lebih 9,000 retweet dan lebih 12,000 likes. Tambah beliau, ini merupakan kali pertama dirinya mencuba menyimpan duit hijau hasil daripada tunjuk ajar rakan sebiliknya. Menurut Izzatie, beliau akan terus menyimpan duit kertas RM5 ke dalam tabung sekiranya menerima baki selepas berbelanja.

Disiplin diri merupakan perkara yang paling penting dalam proses menabung. Pesannya, jangan sesekali membuka tabung tersebut untuk berbelanja. Langkah ini sedikit sebanyak membantu anda daripada membelanjakan wang kepada perkara yang tidak sepatutnya.

Bagi anda yang mungkin sedang dalam perancangan untuk mengumpul duit untuk tujuan hantaran kahwin, melancong atau membeli sesuatu, bolehlah cuba tips ini.