Pelajar Sijil pelajaran Malaysia (SPM) meminta agar Kementerian Pendidikan mempertimbangkan untuk melonggarkan jadual peperiksaan yang didakwa tidak berperikemanusian dan tiada belas kasihan.

Di dalam satu petisyen yang dilancarkan secara dalam talian, pelajar ini menolak jadual baharu yang didakwa ‘gila’ kerana merangkumi peperiksaan di hari Ahad dan ia bersambung secara berturut-turut bagi mata pelajaran utama seperti Sejarah, Matematik dan Pengajian Islam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Jadual SPM 2022 yang terlalu padat. Tidak mesra pelajar, ibubapa dan guru. Kohort 2004 telah menjadi tikus putih KPM sejak Tahun 1. Pelajar telah mengharungi 2 tahun yang sangat mencabar belajar di kala pandemik. Penutupnya pula pelajar akan menduduki peperiksaan yang akan menentukan halatuju hidup mereka dengan jadual yang sangat meletihkan minda dan fizikal,” kata petisyen tersebut.

Memetik laporan CoconutKL, peperiksaan telah dijadualkan berlangsung selama dua setengah minggu, dari 2 hingga 20 Mac. Difahamkan, jadual tersebut jauh lebih pendek dari sebelumnya, yang biasanya berlangsung selama sebulan dan hanya berlangsung pada hari bekerja. Jadual waktu terkini juga termasuk peperiksaan pada hari Jumaat, yang dianggap sebagai hujung minggu untuk beberapa negeri seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu.

“Terlalu padat jadual tahun ini. Ikut jadual tahun lepas pun baik. Anak-anak 2004 diuji semenjak UPSR, PT3 & SPM semua format baru. Bagilah kelapangan sedikit untuk ujian terakhir mereka,” kata Norie Amiruddin di bahagian komen petisyen tersebut.

“2 tahun yang tertekan dan walaupun kami dapat menerima tekanan yang diberikan oleh kerajaan sejak kami kecil ini tidak sama dengan UPSR atau PT3. Kami bakal menghadapi SPM dan kami belajar kelas dalam talian selama dua tahun. Ini tidak adil dan jika kerajaan membandingkan kami dengan pelajar SPM 2020, saya akan mengatakan mereka belajar tingkatan 4 di sekolah dengan sistem pendidikan yang betul,” kata pelajar lain.

Selain pelajar, Ahli Parlimen Syed Saddiq Abdul Rahman, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan turut menyuarakan agar permintaan pelajar ini dipertimbangkan. Beliau menyatakan kebimbangan dengan jadual peperiksaan yang berlebihan akan memberikan tekanan kepada para pelajar.

Bagaimanapun, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata Kementerian Pendidikan sudah mengadakan perbincangan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan akan mengluarkan jadual baharu bagi peperiksaan SPM dalam tempoh terdekat.

“Kami menerima banyak pandangan daripada ibu bapa dan calon SPM 2021 berkaitan dengan jadual peperiksaan SPM yang dikeluarkan KPM dan mengambil kira semua pandangan yang diberikan.

“Insya-Allah kita akan keluarkan satu jadual baharu berkaitan Peperiksaan SPM 2021 dalam masa yang terdekat,” katanya melalui hantaran video di Facebook seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Ini 5 soalan kertas sejarah yang buat pelajar SPM 2015 rasa nak pecah kepala, cuba anda jawab. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Ini 5 Soalan Kertas Sejarah Yang Buat Pelajar SPM 2015 Rasa Nak Pecah Kepala. Cuba Anda Jawab Pula

Calon SPM Dari Dulu Hingga Kini Bakal Menduduki SPM Kedua. Bersediakah Kita?

Wanita Ini ‘Tanpa Sedar’ Telah Menjadi Mangsa Buli Siber Calon SPM 2019