Nota Editor: Kisah menyentuh hati ini telah dikongsikan di Facebook Afyz Yzels, seorang pelajar tahun akhir di sebuah universiti di Irbid, Jordan. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis.

Apa Khabar Mu Di Sana?

Ramai org menyebut tentang isu pelarian Syria yang berjuta kini di Eropah. Kenapa aku mengelak menyentuh tentang isu itu? Kerana kami ada insan terdekat yang kini berada dikalangan 2 juta itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sudah hampir sebulan Insan Berbaju Merah (seperti dalam gambar) bernama Anwar @ Abu Usamah meninggalkan bumi Jordan berkelana ke luar negara mencari secebis harapan untuk mengubah nasib keluarga.

Beliau ibarat bapa angkat kami. Meninggalkan keluarga besar, meninggalkan 5 orang anak kecil semata mencari sinar terbaik untuk keluarganya.

Perkhabaran sering kami nantikan setiap masa, kerana risau terhadapnya, namun yang paling terkini yang diterima adalah keterlibatan beliau dalam kemalangan bot karam ditengah lautan. Kemalangan sama yang menimpa bayi malang yang maut tempoh hari.

Baca: 17 Karya Menyedihkan Dari Seluruh Dunia Menangisi Anak Syria Yang Lemas

ayan-kurdi

abu-usamah

“Abu Usamah dalam keadaan tidak baik. Mereka ditipu oleh seorang peniaga yang menguruskan trip mereka. Seterusnya mereka mengambil tindakan sendiri untuk menyewa bot dan menyusuri lautan.

Bot mereka karam ketika menuju ke Greece. Nasib baik abu usamah tahu berenang, mereka terapung dilautan selama lebih kurang 4 jam sebelum diselamatkan tentera turki”
-mesej oleh Ummu Usamah (isteri beliau, berjubah hitam dalam gambar).

Ummu Usamah sterusnya forwardkan voice noted oleh Abu Usamah kepadanya. Menceritakan keadaan.

Allah. Daripada suara beliau sudah tahu beliau dalam kepenatan, kesusahan. Mesej itu diterima ketika di Malaysia, aku dengarkan pada umi abah. Hampir menitiskan air mata mendengar suara lemah Abu Usamah.

Membayangkan kelibatnya yang lemah, sakit kaki nya yang berlarutan. Kudratnya yang tidak seberapa. Sungguh, risau hati hanya Tuhan yang tahu.

Terus kami berfikir. Aku, Salleh Chik dan Ishak Assoufei kami memiliki group whatsapp yang dinamakan Abu Usamah. Sejak berita bot karam tersebut, kami memikirkan apa yang mampu kami buat.

Beliau tiada kad bank, beliau tiada alamat. Segalanya beliau tiada. Yang beliau ada hanya sekeping badan yang kurang bermaya untuk meredah fana dunia.

Juga sekeping “business card” milik aku yang aku tulis namaku, no telefon dan serahkan padanya andai terjadi apa jua kejadian.

Lost dah! Tak tahu nak buat apa lagi dah. Ishak beri cadangan untuk hubungi rakannya di Turki untuk cari Abu Usamah, tapi perkara tidak semudah itu. Allah. Namun segalanya buntu juga.

Permudahkanlah urusannya ya tuhan. Kau selamatkannya dari segala bala bencana. Kau selamatkan perjalanannya. Kami sudah tidak mampu melakukan apa-apa.

Maafkan kami Abu Usamah, kami sudah tidak berupaya menolong apa-apa. Kami hanya mampu mengirimkan doa.

Apa Khabar Mu Di Sana?

Bila dekat tak rindu, bila dah jauh baru rindu. Allah. Hadirkanlah rahmat ke atasnya dan ahli keluarganya.

Kadang-kadang, kita mudah bercakap tentang sesuatu isu namun jika kita berada dalam keadaan itu, pasti sukar untuk menyebut tentangnya.

Baca lagi kisah terdahulu Abu Usamah: Demi Masa Depan Keluarga, Lelaki Syria Ini Sanggup Berkorban Dan Lakukan Ini

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram