Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pelajar sekolah di Malaysia telah mencadangkan ‘power nap’ selama 20 minit bagi membantu mereka mengekang tekanan yang dihadapi di sekolah.

Kerja rumah yang banyak, masa rehat yang tidak cukup dan beg sekolah yang berat antara aduan yang diterima oleh Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) Suhakam dan Jabatan Kebajikan Masyrakat bulan lepas.

Selain itu, harapan ibu bapa, buli, masalah dengan guru yang suka pilih ‘bulu’ dan sistem kaunseling yang tidak berkesan antara aduan lain yang dinyatakan oleh para pelajar, lapor Free Malaysia Today.

Kaji selidik yang dilakukan pada 21 dan 22 Februari lalu telah merangkumi seramai 35 pelajar berumur lapan sehingga 17 tahun. Tujuan kaji selidik ini dilakukan adalah kerana bimbang dengan bilangan kes bunuh diri di kalangan para pelajar.

Dalam satu kenyataan, OCC berkata bahawa pelajar ini merasakan waktu di sekolah adalah waktu paling sibuk bagi mereka. Dengan kerja sekolah yang banyak serta tekanan dari sekeliling telah membangkitkan kebimbangan mengenai hak untuk berehat.

Para pelajar mencadangkan agar masa tidur selama 20 minit diberikan kepada mereka untuk membantu mereka menangani masalah ini.

“Mereka diberikan terlalu banyak kerja rumah. Jika kerja rumah tidak selesai, mereka mesti berdiri di luar kelas atau di kerusi mereka.” Kata kenyataan OCC.

Bagi masalah buli pula, kanak-kanak telah meminta satu tindakan segera diambil. Pembuli mesti diberi amalan bahawa apa yang mereka lakukan salah, manakala mangsa buli perlu diberi bantuan.

“Jika pembuli adalah guru, mereka mesti dikeluarkan dari sekolah.” Kata OCC seperti dilaporkan Malay Mail.

Sepuluh daripada kanak-kanak yang menghadiri kaji selidik ini adalah dari Majlis Perwakilan Kanak-kanak, empat daripada mereka mempunyai keperluan khusus dan dua orang pelajar tahfiz.

Manakala kanak-kanak di Mexico telah dipaksa berhenti sekolah untuk melawan pasukan militia di sana. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kanak-Kanak Mexico Dipaksa Berhenti Sekolah, Sertai Militia Pertahan Kampung Daripada Kartel Dadah

Anda Mungkin Suka