Penularan wabak COVID-19 makin membimbangkan dan bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga kes meningkat setiap hari.

Tahukah anda bahawa seorang pelajar dari Malaysia merupakan salah seorang pencipta kit ujian COVID-19? Lim Boon Chuan yang merupakan pelajar PhD mengambil jurusan synthetic biology turut membantu pasukan saintis dari Universiti Oxford menghasilkan kit ujian tersebut.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

Difahamkan, apabila penularan COVID-19 semakin meningkat di China, Lim bersama-sama dengan profesornya di universiti dan Pusat Penyelidikan Lanjutan Oxford Suzhou (OSCAR) telah membangunkan kit ujian COVID-19 yang dapat menghasilkan keputusan tiga kali lebih cepat daripada kaedah semasa.

photo6323580388735298031_1584948445

Sumber: NST

Malah, kit ujian yang dihasilkan mereka mampu mengesan wabak tersebut dalam masa 30 minit sahaja. Kit ujian menggunakan suhu tunggal iaitu 65°C dan boleh melangkau langkah pengekstrakan dan tidak memerlukan sokongan kit, peralatan, atau bahan kimia lain untuk menjalankan ujian.

Pada mulanya, kit ujian dihantar ke China untuk menguji kes-kes di sana untuk melihat jika kit ujian berkesan pada sampel klinikal sebenar dan ianya terbukti berkesan. Tambahnya, projek ini dimulakan pada bulan lepas dan beliau berperanan untuk mereka dan menjalankan semua eksperimen.

de16

Sumber: LinkedIn Boon Chuan Lim

Pastinya jika kit ujian ini sudah ada di Malaysia saat ini, mereka yang terjangkiti wabak COVID-19 ini dapat dikenalpasti segera dan penularan ini dapat dibendung dengan cepat.

Syabas diucapkan atas usaha Lim Boon Chuan dan para saintis yang lain kerana berjaya menghasilkan kit ujian tersebut. Pastinya ramai rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian Lim Boon Chuan.

Sementara itu, test kit yang mampu mengesan COVID-19 dalam masa 30 minit dikhabarkan akan dijual. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

‘Test Kit’ COVID-19 Dengan Pengesanan Sepantas 30 Minit Sedia Didapatkan Dengan Harga RM99

Berbekalkan Semangat Yang Tinggi, Wanita Hamil 3 Bulan Ini Kongsi Pengalaman Bebas COVID-19

Pekerja ‘Offshore’ Ini Kongsi Pengalaman Disahkan Positif COVID-19 Selepas Dua Kali Ujian

Anda Mungkin Suka