Baru-baru ini telah diumumkan keputusan bagi Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi pelajar Tingkatan 3. Saat pelajar lain teruja mengambil keputusan tersebut dan meraikannya bersama keluarga tercinta, seorang pelajar yatim piatu kongsi kegembiraannya di kubur ibu bapanya.

Mohamad Faris Faisal Che Azmi, 15, ke kubur ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembaga, Gua Musang, untuk menghadiah bacaan surah Yasin diatas didikan mereka selama ini sehingga berjaya mendapat keputusan 8A 1B.

Ecoworld-Cover-Image
HYPE
Dari Mata Turun Ke Hati, Ini Detik Percintaan Romantis Dua Pasangan Merpati Sejoli
Baca lagi →

Sumber: Oh Bulan!

Menurutnya, dia berasa sedih kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan bersama ibu bapa kerana mereka pergi meninggalkannya terlebih dahulu selepas terbabit dalam kemalangan Ogos lalu.

“Walaupun dua bulan tidak dapat hadir ke sekolah kerana patah kaki kiri selepas saya bersama dua adik terbabit kemalangan bersama kedua-dua ibu bapa, namun saya bersemangat menduduki PT3 di Sekolah Menengah Sains Gua Musang.”

“Saya bersyukur kerana memperoleh keputusan cemerlang dalam PT3 dan ini adalah hadiah kepada kedua-dua arwah ibu bapa,” katanya kepada Harian Metro.

Pelajar cemerlang itu mengambil masa satu jam berada di pusara ibu bapanya dengan ditemani ibu saudara.

Sumber: Harian Metro

Harian Metro sebelum ini melaporkan, dalam kemalangan jam 4.50 pagi 16 Ogos lalu, Che Azmi Che Hamzah, 48, Nor Hayati Mohamed, 43, antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan kejadian di Kilometer 15 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis. Kejadian itu menyebabkan dia bersama empat beradiknya yang lain menjadi yatim piatu.

Selain itu, dia turut melahirkan rasa terima kasih kepada guru sekolahnya yang mengambil dan menghantarnya pulang ketika menduduki PT3.

Diharapkan adik Faris terus tabah dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Terdahulu, tular gambar seorang murid darjah 6 membaca keputusan UPSR di depan pusara ibunya membuatkan netizen sebak. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Tular Gambar Pelajar Ini Baca Keputusan UPSR Depan Pusara Ibu Buat Netizen Sebak

Pelajar Cemerlang UPSR Ini Terima Hadiah Wang Tunai RM10,000 Daripada Ibu Bapanya

Netizen Bangga Lihat Pelajar Malaysia Ini Berucap Depan 6,000 Orang Pada Hari Graduasi Di Amerika Syarikat

Anda Mungkin Suka