Baru sahaja berusia 13 tahun, Teng Wei Rui pelajar dari Miri, Sarawak berjaya membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa. Teng berjaya dinobatkan sebagai salah seorang daripada hanya 5 pemenang pertandingan Mission Patch Design Challenge 2019 anjuran NASA.

Menurut Teng, beliau hanya mengambil masa dua hari untuk menyiapkan rekaannya itu dan sama sekali tidak menyangka akan menjadi salah satu pemenang memandangkan jumlah penyertaan yang banyak dari seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Teng mengambil inspirasi rekaannya daripada misi tinggal di bulan pada tahun 2024 nanti sebagai pembakar semangat untuk memberikan hasil reka cipta yang terbaik.

4679
Rekaan oleh Teng Wei Rui. sumber: says

Pihak NASA menerima lebih 10,000 penyertaan dari seluruh dunia untuk pertandingan ini. Saintis, jurutera dan pereka grafik di NASA menjadi juri yang membuat penilaan berdasarkan 3 kriteria; originaliti, rekaan dan penggunaan kod paling tepat.

Pertandingan yang mula dianjurkan pada bulan April lepas terbuka untuk penyertaan kanak-kanak dari seluruh dunia. Selain daripada Teng, beberapa lagi rekaan telah dipilih sebagai pemenang iaitu dari California, Maryland, Sri Lanka dan Idaho.

Sumber