Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita meruntun hati apabila seorang pelajar didapati meninggal dunia akibat pendarahan pada otak kerana stres belajar secara atas talian dan keletihan mengejar ‘deadline’ tugasan universiti.

Isu tersebut menjadi bualan netizen di media sosial dan rata-rata pelajar meluahkan pendapat mereka berhubung sistem pembelajaran serta tugasan universiti yang banyak perlu diselesaikan mereka menjelang ‘deadline’.

Akan tetapi, kenyataan seorang pengguna Twitter @awatifanuar mengundang kemarahan netizen terutama sekali pelajar universiti. Dalam ciapannya di Twitter, dia mengatakan bahawa pelajar-pelajar sekarang terlalu manja dan ‘fragile’ kerana mengeluh terima tugasan serta tidak boleh menyelesaikannya.

https://twitter.com/wafinfarrisya_/status/1413752511219978241?s=28

Bukan itu sahaja, dia turut mengatakan bahawa dirinya tidak faham bagaimana para pelajar tidak boleh menyiapkan tugasan sedangkan tidak perlu keluar untuk ke kelas dan miliki masa yang lebih apabila di rumah.

Lantaran itu, kenyataannya mendapat kecaman netizen terutama sekali pelajar yang sedang ‘struggle’ menyelesaikan tugasan universiti. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan wanita tersebut dan mengatakan bahawa belajar secara online lebih memenatkan berbanding kelas fizikal.

https://twitter.com/nnrls/status/1413928978742616065

Para netizen turut meluahkan rasa marah terhadap Awatif Anuar kerana tiada rasa empati dengan mengeluarkan kenyatan seperti itu. Mendapat kecaman netizen, Awatif Anuar telah memadam kesemua kenyataan tersebut dan meminta maaf secara terbuka di Twitter miliknya.

Menurutnya, dirinya tidak berniat menghina atau mengecilkan mana-mana pihak terutama sekali arwah pelajar yang meninggal dunia disebabkan pendarahan pada otak itu.

https://twitter.com/awatifanuar/status/1413844974362238977

Memahami situasi pelajar ketika pandemik ini, dia sebenarnya mahu menyampaikan bahawa supaya para pelajar tetap kuat untuk berdepan semua ini. Malah, kemungkinan penggunaan katanya yang agak kasar atau tidak bersesuaian telah mengguris hati para pelajar di luar sana.

Maka, dia memohon maaf dan minta perkara ini tidak lagi dipanjangkan. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah lebih setahun  dilaksanakan di negara kita pastinya memberikan kesan kepada kesihatan dan juga emosi semua orang.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

Baca Luahan Kecewa Rakyat Malaysia Setelah Negara Dilanda 9,180 Kes COVID-19 Semalam

Baru Satu Jam Tukar Nama Pemilik, ‘Orang Tengah’ Pandu Nissan Skyline GTT R34 Terbabas Langgar Pokok

Pemandu Pelancong Tempatan Luah Perasaan Hilang Punca Pendapatan Kesan COVID-19